Selamat datang ke zaman BN versi baru. Bezanya sekarang ada DAP dan DAP tidak lagi wadah utama yang harus dilawan ditentang. 

Peruntukan kepada MP pembangkang katanya kurang. Kurang atau mungkin tiada, itu tiada lagi penjelasan rasmi. Namun sekiranya ia tiada, maka kita akan kembali ke zaman pemerintahan BN yang lama. Persefahaman antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri akan menjadi renggang. Dan disebabkan itu jugalah, BN berjaya menjadi pembangkang buat pertama kalinya selepas PRU13.

Hanya tinggal beberapa bulan lagi untuk kerajaan sendiri melihat dan menilai ledakan rakyat. Samada rakyat berpuashati dengan pentadbiran madani atau rakyat muak melihat alasan demi alasan. 

PRN akan menjadi kayu ukur untuk umno menilai samada bersama DAP itu menguntungkan ataupun tidak. Sejauh mana pentadbiran madani mampu menarik sokongan melayu untuk menyokong gabungan kerajaan madani sekarang. 

Malaysiakini | Bersih mengkritik kekurangan peruntukan dana kawasan untuk ahli parlimen pembangkang dalam pembentangan semula Belanjawan 2023 semalam.

Bersih mengingatkan bahawa manifesto Pakatan Harapan (PH) pada 2022 termasuklah memberikan peruntukan pembangunan kawasan (CDF) yang saksama kepada semua ahli parlimen.

“Perkara ini adalah dikesali kerana Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) telah terlepas peluang untuk menunjukkan sisi reformisnya dan bagaimana Malaysia Madani akan dilihat," kata jawatankuasa pemandu badan pemantau pilihan raya itu dalam satu kenyataan hari ini.