Pengerusi Pakatan Nasional (PN) Pulau Pinang Dominic Lau mengkritik penyingkiran empat Adun Bersatu dari Dewan Undangan Negeri (DUN), dan berkata ia adalah satu sejarah hitam di negeri itu.
“Demokrasi sudah mati. Ini tidak adil,”
DUN Pulau Pinang meluluskan usul untuk mengosongkan kerusi : Kerana melompat parti
- Khaliq Mehtab Ishaq (Bertam),
- Zolkifly Lazim (Teluk Bahang),
- Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan
- Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh)
Semua mereka memenangi kerusi itu dalam PRU14 atas tiket Pakatan Harapan (PH). Lau berkata, Khaliq dan Zolkifly memang ahli Bersatu. Bagaimana mereka boleh dituduh melompat parti. Untuk kes Afif dan Zulkifli, mereka dipecat oleh PKR.
Penyingkiran empat Adun itu adalah satu usaha untuk mencemarkan imej PN dan menutup mulut pembangkang.
Empat Adun itu dianggap “hilang” kerusi selepas Bersatu meninggalkan PH berikutan Langkah Sheraton pada Februari 2020, berdasarkan peruntukan akta anti-lompat yang terkandung dalam Perkara 14A perlembagaan negeri.
Perkara 14A menyatakan seseorang Adun hendaklah mengosongkan kerusinya jika dipilih sebagai calon parti politik, meletak jawatan atau dipecat daripada sesuatu parti atau telah dipilih selain daripada sebagai calon parti politik, dia menyertai parti politik.
Bekas ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq, berkata meskipun keadaan yang tidak berpihak kepada mereka itu cukup perit untuk diterima, beliau bersama tiga lagi rakan senasib dengannya itu mengaku akur dengan keputusan terbabit.
Dalam pada itu, Khaliq menyatakan rasa hairan apabila wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) iaitu ADUN Sungai Dua, Datuk Muhamad Yusoff Mohd Noor, masih menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang pada pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima DUN ke-14 hari ini.

2 Comments
tersepit jer napak dapiqs..
ReplyDeletemana ada lompat parti.. itu kan keluar gabungan...
dah bertahun pun, baru mimpi yer..
Masing2 dh risau. Kalah teruk PRN ni. Dulu kutuk umno kaw2. Sekarang jilat kaw2
Delete