Desas Desus Pertukaran Kerajaan? Kerajaan Madani Bakal Tumbang?





Perikatan Nasional berhak merancang merampas kerajaan daripada pentadbiran Anwar Ibrahim, kata Presiden PAS Hadi Awang.

Ahli Parlimen Marang itu berkata usaha merampas kerajaan daripada parti memerintah perkara biasa dalam politik, sama ada menerusi undi tidak percaya, akuan berkanun, atau penyokong kerajaan berpaling tadah.

Malah, cara sedemikian dibolehkan oleh sistem demokrasi dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan, tambahnya.

Dalam satu ucapannya di Dialog Ulama Negarawan: Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini pada Rabu lalu menjangkakan pentadbiran Anwar akan tumbang tidak lama lagi, namun tidak menyebut jika PN sedang mengatur sesuatu.

Perdana Menteri Anwar bagaimanapun menyifatkan Hadi “mengigau”, dan berkata presiden PAS itu berhak membuat perancangan sedemikian.



Post a Comment

0 Comments