Korang Masih Mahu PH BN Tadbir Selangor? Tengok & Baca Ini...



Penduduk Kampung Koskan Tambahan di sini  kecewa apabila permohonan untuk memiliki kawasan tanah yang sudah 40 tahun didiami mereka ditolak agensi kerajaan negeri Selangor.

Ini kerana sudah dua kali Pejabat Tanah Hulu Selangor telah menolak permohonan penduduk agar tanah itu dilupuskan secara pemberimilikan dengan memberikan alasan ia kawasan simpanan Sungai Serendah dan berisiko banjir.

Namun lebih menghairankan, kali ini pejabat tanah memberikan alasan lain pula iaitu tanah itu berada dalam hak milik sebuah syarikat.

Ia sekali gus menimbulkan persoalan apakah sebenarnya status tanah kerajaan itu kepada penduduk, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim.

Menurutnya, permohonan pertama telah dilakukan penduduk seawal tahun 2006.

“Ketika itu MHO telah difahamkan pejabat tanah telah menolak sekitar April 2009 dengan alasan tanah yang dipohon itu merupakan kawasan yang terlibat dengan Simpanan Sungai Serendah dan berisiko dengan banjir.

“Penduduk sekali lagi memohon pada tahun 2008 tetapi ianya ditolak lagi pada tahun 2012 namun alasan yang diberikan kali ini, kawasan dipohon itu berada dalam hak milik sebuah syarikat. Bagaimana ini berlaku?

“Kini isu dan persoalan yang timbul pada ketika ini adalah mengapakan permohonan penduduk ditolak atas alasan kawasan itu berisiko banjir tetapi pada masa sama, kawasan itu telah dipindah milik ke atas sebuah syarikat lain.

“Jika tidak boleh pindah milik kerana risiko banjir, mengapakah pada 2012 tanah itu telah dilulus pindah milik kepada sebuah syarikat?,” 

Hishamuddin memaklumkan pihaknya bersama-sama penduduk setempat telah menghantar sepucuk surat tuntutan penjelasan kepada Pejabat Daerah Tanah Hulu Selangor bagi penjelasan lanjut berhubung status sebenarnya pemilikan tanah itu.

“Kita menuntut penjelasan lengkap mengenai penolakan permohonan pelupusan sebidang tanah secara pemberimilikan yang dikemukakan penduduk Kampung Koskan Tambahan. Bagaimana permohonan penduduk telah ditolak dua kali tetapi kemudian tanah ditukar milik?” soalnya.

Semalam, penduduk terbabit secara aman hadir di pekarangan Pejabat Tanah Hulu Selangor bagi menyerahkan surat tuntutan penjelasan kepada pihak berwajib.

Kebanyakan penduduk setempat ini sudah menduduki kawasan itu lebih empat dekad kini khuatir akan diusir pada bila-bila masa selepas pemilikan tanah itu diberikan kepada sebuah syarikat. 



Post a Comment

0 Comments