Muhyiddin Tiba Di Mahkamah, Dijanhka Berdepan Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Berjumlah RM 5 Juta.

Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, jam 8.20 pagi ini.

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dijangka berdepan pertuduhan pengubahan wang haram.

Muhyiddin dijangka berdepan pertuduhan baharu dipercayai berhubung dana berjumlah RM5 juta.



Post a Comment

5 Comments

  1. Alamak...rm400k rasuah utk pegawai sprm projek jana wibawa nie.
    Inilah bahana bila wang haram dah terlalu banyak. Sukati jer guna utk tutup mulut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam masa 17bulan yidin n the gang sakau banyak wang rakyat.
      Yg buat solat hajat utk penyamun memang BANGANG!!!
      Tersasul sampai mendoakan kebinasaan sendiri. Doa silap tu satu peringatan. Jangan salahguna ibadah yg suci utk kebodohan.
      Sama kes mengharamkan judi tapi bila berkuasa ko naikkan cabutan judi dari 8x ke 22x setahun.
      Semoga para munafik ini sedar dan bertaubat.

      Delete
  2. SPRM TAHAN SPRM

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawainya dan tiga lagi individu lain termasuk seorang wanita pada Khamis lepas kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah sebanyak RM400,000 bagi mengelakkan siasatan melibatkan kes program JanaWibawa.

    Menurut sumber, wanita berkenaan bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan SPRM, manakala tiga suspek lain kini direman hingga esok.

    Sumber itu juga berkata SPRM kini sedang mengesan seorang lelaki dikenali 'Datuk Roy' yang dipercayai perancang utama dalam kes rasuah melibatkan siasatan kes berkenaan.

    - Iklan -

    “Lelaki itu yang berusia lingkungan 50-an sebelum ini pernah dituduh di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan rasuah,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.

    “SPRM sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawainya sekiranya didapati terbabit dalam sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya org tgh nie mungkin dpt komisen.
      Bilalah rasuah ni nak hilang?
      Parti agama disamping mrk...hisshhhh

      Delete
    2. anon 13 : bukan takat komisen. kaya terus tanpa bersalah

      Delete