Projek Artikel 11 - Isu JOM ZIARAH GEREJA ... Hmmmm

Projek artikel 11. Katanya berkonsepkan seperti Jom Ziarah Rumah Ibadah. Ia seolah seperti mahu liberalisasikan setiap kaum dan agama dalam negara supaya tidak segan silu untuk masuk ziarah rumah ibadah agama lain. 

Kalau mahu salahkan pentadbiran hari ini, sebelum ini pun ada ahli politik daripada PAS seperti menjalankan temumesra di gereja dan mendapat kalungan bunga daripada acara agama lain. 

Ada Ustaz menyatakan umat islam tidak boleh menziarah rumah ibadah lain tetapi ada juga kenyataan politik daripada parti islam yang memberi greenlight semasa mereka menziarah rumah ibadah lain. 

Dikatakan, program tersebut adalah dibawah Hannah Yeoh menteri sukan.....Tetapi, Kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menyekat segala program yang dilihat boleh memesongkan umat islam. 



Melalui Artikel Malaysiakini

Projek Artikel 11" salah satu inisiatif #MalaysiaInklusif oleh Impact Malaysia mencetuskan kontroversi apabila dituduh segelintir pihak sebagai program evangelis Kristian.

Impact Melaysia menjelaskan projek itu bertujuan meningkatkan persefahaman golongan muda dalam aspek kepelbagaian kaum dan agama di negara ini.

Projek Artikel 11 mempunyai dua gerak kerja. Pertama, lawatan menerusi program Jom Ziarah di mana belia akan dapat menziarahi rumah ibadat yang berlainan daripada agama sendiri untuk tujuan melihat persamaan nilai dan perbezaan agama.

Kedua, belia mengikuti aktiviti kesukarelawanan untuk membantu golongan rentan yang dianjurkan oleh pertubuhan kebajikan berasaskan agama, supaya belia dapat memahami bahawa semua agama mempunyai persamaan dari segi nilai murni dan menganjurkan inisiatif bersifat kebajikan.

Setakat ini, program Jom Ziarah telah membawa lapan belia Cina dan India ke Masjid Wilayah di Kuala Lumpur pada 4 Mac serta tiga belia Cina ke Gurdwara Sahib di Shah Alam pada 11 Mac lalu.

Dua program yang dijadual tetapi telah dibatalkan adalah "Jom Ziarah Gereja" yang kini menjadi subjek siasatan polis dan "Jom Ziarah Kuil Hindu."

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menafikan tuduhan agensinya menjalankan program berkaitan ‘Kristianisasai’ susulan rancangan "Jom Ziarah Gereja" dan "Jom Ziarah Kuil Hindu.”

Menterinya Hannah Yeoh membalas dakwaan tersebut dengan menggunakan hujah pernah disuarakan pemimpin PAS.

Yeoh berkata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim yang juga ahli parlimen PAS dan PN - pada 2 Okt 2018 - pernah menyebut, tidak salah orang Islam masuk kuil terima kalungan.



Post a Comment

1 Comments

  1. Perkataan "ziarah" tu dlm bahasa Melayu mempunyai beberapa maksud tapi bagi kalimat pinjam ini bolehlah dikatakan bermaksud "berkunjung".
    Boleh tak boleh tu juga bergantung lah kepada tujuan untuk berbuat demikian dan juga atas apa keperluan untuk apa berbuat demikian.
    Pertama sekali mestilah dilihat pada ayat² alQur'an, kemudiannya sunnah Nabi (saaw), jika ada dibenarkan maka ianya tentulah dibolehkan jika dilarang maka dah tentu hukumnya dilarang,
    dan jika tidak yg dua diatas akan tetapi Nabi (saaw) tidak melakukannya maka adalah bukan sesuatu yg baik untuk dilakukan, walau bagaimana pun sekiranya perkara yg tiada larangan tetapi Nabi (saaw) tidak lakukan maka itu tadi ianya tidak menjadi sesuatu yg mempunyai larangan mutlak dan hanya dibolehkan sekiranya ada sesuatu yg mendesak atau berkeadaan bersifat darurat, jadi bolehnya itu berada pada tahap yg sekiranya boleh dielakkan maka elok saja dielakkan sekiranya ada tujuan tertentu seperti berkunjung antara suatu pehak berurusan dengan pehak pentadbir gereja misalnya.

    Atau munkin ada sesuatu majlis digereja yg bukan bersifat acara ibadat keugamaan khusus (acara sembahyang dsb?).
    Kalau bukan bersifat keugamaan itu munkin diharuskan jika kita merupakan ada bersabitan atau berkenaan seperti ada saudara yg kristian bernikah digereja.

    Dalam feqah Islam kalau tak silap saya, suami yg beristerikan seorang kristian adalah hendaknya menunaikan tangungjawab menghantar isterinya pada hari² keperluan dia untuk ke-gereja serta menjemput kembali setelah selesai majlis, dan saya tidak terbaca pula yang si suami harus menunggu berada bersama si isteri didalam majlis tersebut.

    Untuk konklusi bagi saya ianya adalah sesuatu yg harus dibelakkan kecuali darurat keperluan keadaan yg mendesak munasabah untuk mengunjungi atau memasukinya.

    Ini adalah sekadar pandangan saya sahaja dan apa yg saya praktikan, sekadar itu sahaja.

    ReplyDelete