Ini orang tiada insurance, tiada ansuran bulanan. Teruss tembakkkk.... 

Nazri Abd Aziz, berkata dalam Malaysiakini

“Kerajaan tidak perlu takut untuk mengambil tindakan terhadap Mahathir walaupun dia bekas perdana menteri.

"Semasa zaman Mahathir (sebagai perdana menteri), sesiapa yang mengadakan perhimpunan mengkritik kerajaan dianggap menentang pentadbiran, dan dihukum di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Kalau anda tidak percayakan saya, tanya Ibrahim Ali," 

“Saya adalah sebahagian daripada kabinet Mahathir ketika dia menjadi perdana menteri.

“Mungkin kerana faktor usia, Mahathir lupa bahawa banyak perhimpunan berkaitan kaum dilarang kerana dikhuatiri menimbulkan rusuhan,” 

“Semasa dia berkhidmat sebelum ini (sebagai perdana menteri PH), dia persenda dan menghina orang Melayu dengan mengatakan mereka pemalas.

“Sekarang dia kehilangan deposit pilihan raya dan hilang kuasa, dia nampak seolah-olah dialah penyelamat yang diperlukan masyarakat.

“Hakikatnya, orang Melayu sudah tidak mempercayai Mahathir lagi,”