Hebat! PMX Sound Kaum Melayu Ke Tu?



Pelik? Rasa tertusuk kalbu? Zaman Tun pun relax jer tun bagitau melayu malas. Korang sentap pun kejap jer. Lepas tu kembali undi UMNO. Tapi selepas berterusan dicanang, barulah pandai beralih undi. Tapi PRU15 sekali lagi kena pusing putar dengan bekas UMNO dan UMNO sendiri. PH BN bergabung. 


Kaum majoriti di negara ini diingatkan agar tidak terlalu selesa dan angkuh.

Sebaliknya mereka perlu menghargai hak kaum minoriti yang lain, nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, golongan majoriti iaitu Melayu Muslim negara ini perlu mengambil pengajaran daripada pentadbiran Kerajaan Kemboja yang meraikan masyarakat Islam di negara itu.

“Pada waktu malam, Perdana Menteri, Hun Sen anjur iftar bersama 6,000 umat islam di Kemboja. Umat Islam di Kemboja hanya 10 peratus jadi saya diberi penghormatan dan berucap, seterusnya ke masjid di Pnom Penh.

“Saya sebut ini kerana negara majoriti Buddha meraikan umat 10 peratus dengan anjur iftar dan lantik menteri Muslim. Jadi ini satu pengajaran kadang-kadang kita majoriti rasa selesa dan angkuh anggap demikian tidak boleh raikan kelompok.

“Ini bukan dianjurkan oleh pengajaran dan pedoman Rasulullah SAW dalam Perjanjian Madinah di mana kita rangkul satu kekuatan asalkan mereka tunduk dan tidak memerangi kita.

“Sebab itu, sementara menjaga majoriti Melayu Muslim di Malaysia, kita ada prinsip menghormati dan memberi hak kepada semua warganegara,” katanya yang berkongsi lawatan ke Kemboja baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Minggu lalu, Anwar bertemu Hun Sen sempena lawatan rasmi sehari ke Kemboja sempena lawatan sehari ke negara berkenaan.

Pada lawatan itu, kedua pemimpin negara turut menyaksikan majlis menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) membabitkan kerajaan Malaysia dan Kemboja.

MoU berkenaan berkaitan pengambilan, penggajian dan penghantaran pulang pekerja Kemboja dalam sektor domestik serta pengambilan, penggajian dan penghantaran pulang pekerja Kemboja di sektor formal bagi mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara dalam sektor buruh. 

Post a Comment

1 Comments

  1. alhamdulillah syukur kpd Allah swt yg telah mendedahkan kepala hoihoiyahoi, kepala penipu dan golongan anti Melayu, golongan anti Islam, golongan munafik yg bemuka2 dengan umat Islam di Malaysia ini.
    Alhamdulilah kerana segalanya sudah tersangat jelas terlihat wajah2 mereka,
    segala kebermuka2an mereka sudah terang dan nyata.

    Alhamdulillah.

    ReplyDelete