Seorang pemimpin Bersatu berkata Zuraida Kamaruddin yang meninggalkan parti itu pada Mei tahun lepas memohon untuk menyertai semula selepas PRU15.
Tersalah langkah, tersilap percaturan, buruk padahnya. Segala apa yang zuraida rancangkan dan perjuangkan selama dalam PKR, selama dalam Bersatu(sementara), sementara menjadi menteri, semua itu sudah sia-sia dan rakyat tidak ingat lagi. Tapi kan... apa jasa zuraida sementara jadi menteri? Yang kami nampak sepanduk gedabak besar adalah.
“(Permohonan Zuraida) Dihantar awal tahun tak silap saya,” katanya kepada FMT, dan menambah keputusan menolak permohonan Zuraida itu sebulat suara.
Zuraida mengumumkan keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada Mei 2022, kerana dikatakan tertarik dengan perjuangan parti baharu itu.
Meskipun Bersatu menuntut calon baharu daripada parti itu dilantik ke jawatan menteri perusahaan perladangan dan komoditi, perdana menteri ketika itu, Ismail Sabri, mengekalkan Zuraida.
“Sebabkan dulu kuota menteri beliau itu kuota Bersatu. Sebab itu kita tolak (permohonannya),” kata Fayhsal.
PRU15 menyaksikan Zuraida gagal mempertahankan Parlimen Ampang yang dimenanginya atas tiket PKR sejak tiga penggal lalu. PBM menang satu daripada lima kerusi Parlimen yang ditandingi.
Sebelum ini, Zuraida diuar-uarkan sebagai presiden menanti PBM namun tidak lama kemudian, pada Disember, parti itu mengumumkan pemecatannya.
Pada bulan sama, Zuraida menyertai NGO Muafakat Nasional yang ditubuhkan bekas pemimpin Umno, Annuar Musa.
0 Comments