Sebab Masuk PAS? Konsert Dayangku Intam RTM Kena Buang?



Penyanyi popular era 1980-an, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Dayangku Intan berkata bahawa persembahannya dalam Konsert Glam Raya yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena sambutan Aidilfitri ini, dikeluarkan.

Bercakap dengan MalaysiaNow, beliau bagaimanapun tidak pasti mengapa keputusan itu dibuat dan hanya dimaklumkan bahawa setiap individu yang akan menyertai program RTM akan diperiksa latar belakang.

Katanya, perkara itu hanya dapat disahkan selepas mendapati poster terbaru program yang akan disiarkan pada 22 April depan itu tidak disertakan gambarnya.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil tidak menjawab pertanyaan daripada MalaysiaNow, namun hanya menulis Twitter bahawa tiada arahan dibuat terhadap penyingkiran Dayangku.

Dayangku yang terkenal dengan lagu "Senandung Hari Raya Untukmu", berkata segala-galanya telah selesai daripada rakaman sehinggalah raptai.

"Kita dah siap rakam, sudah buat raptai, kita dah buat semuanya untuk persembahan, ramai peminat saya dari Perak, Kuala Lumpur, Selangor turut hadir tapi dikeluarkan rakaman itu, maknanya ia disunting keluar kemudian."

Ditanya sama ada keputusan mengeluarkan persembahannya daripada program itu mempunyai kaitan dengan tindakannya menyertai PAS yang merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN) Disember lalu, beliau bagaimanapun enggan membuat spekulasi.

Bagaimanapun, Dayangku berharap Fahmi dapat memberi penjelasan mengenai perkara ini memandangkan penyanyi itu mendakwa masih belum menerima alasan yang kukuh berhubung keputusan tersebut. 
"Saya pun ingin tahu kenapa saya dikeluarkan daripada rancangan ini, kenapa saya diblok di RTM.

"Perkara ini tiada hitam putih, cuma diberitahu saya dikeluarkan dan penjelasan yang saya dapat ialah perlu periksa latar belakang," katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut dimaklumkan bahawa kemungkinan nyanyiannya tidak akan disiarkan di radio memandangkan penampilannya di TV dihalang.
"Tetapi maklum balas yang saya terima, ada yang memberitahu lagu-lagu saya masih disiarkan di radio, mungkin hanya radio swasta.

"Saya hanya dimaklumkan sesiapa yang masuk program TV RTM, mereka akan disiasat latar belakang, tetapi maksud sebenarnya saya pun tidak tahu," tambahnya.

Post a Comment

5 Comments

  1. UMNo bukan tuan...macai saje kah kah kah..!!

    Tuan UMNo ialah Lee Kwan Yew melalui proksi DAP... Ingat tu..!!

    UMNo/BN kena buli atau kena kencing oleh rakan PH..!? Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution Ismail berkata PH dan BN bersetuju parti yang memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan bertanding semula pada pilihan raya akan datang di enam negeri.

    Beliau berkata konsensus itu dipersetujui semasa perbincangan awal mengenai peruntukan kerusi oleh PH dan BN untuk pilihan raya negeri.

    Di Selangor, Pakatan Harapan (PH) mempunyai 40 kerusi - 19 disandang PKR, DAP (15) dan Amanah (6).

    BN mempunyai lima kerusi di Selangor - Semenyih, Sungai Burong, Hulu Bernam, Sungai Panjang, Sungai Air Tawar - semuanya dimenangi Umno.

    Sampai mampos lah UMNo / BN kena main lagi nih... Bila nak kontrol percaturan atau kena catur kan..!!?

    Umno Hanya Penumpang, Bukan Tuan Rumah, Tuan rumah sebenar Lee Kwan Yew di Singapura melalui proksi nya Parti DAP Kata Tok Mat..

    Makna kata UMNo hanya macai Lee Kwan Yew@DAap dalam PH.. kah kah kah

    Haah tepokkkkk..!!!

    ReplyDelete
  2. Dia penyanyi tu munkin tiada tauliah menyanyi kot.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Jika dia ahli pas rasanya tak elok sungguh jadi penyanyi.Tambah lagi perempuan.Memalukan ahli pas kalau jadi penyanyi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg pemimpin mengimarahkan cabutan judi setahun tu tak memalukan pas pun...
      Hihihi...

      Delete
  4. Masa tebuk atap 1.0 mereka inilah yg mendukung perlembagaan kapir masa angkat sumpah jadi menteri.
    Termasuk duta khas tak khas pon.
    Senang2 jer berfatwa.
    Kifarahnya ko sendiri angkat sumpah berkiblat perlembagaan kapir.
    Sial puak munafik nie!!!!

    ReplyDelete