Adakah Noh Omar Calon MB Selangor Bagi PN ?



Noh Omar mengesahkan akan bertanding PRN Selangor mewakili Perikatan Nasional (PN).

Bekas ketua Umno Selangor itu berkata, sebagai individu yang “sebati” dengan politik, beliau enggan sekadar menjadi penonton.

“Saya sudah sebati dengan politik. Saya bukan penonton, saya mesti terbabit sama dalam pertandingan politik.

“Jika pasukan dahulu (Umno), selepas saya berkhidmat 30 tahun tendang saya, takkan saya jadi tukang sorak sahaja,” katanya menurut Berita Harian.

Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu menggambarkan dirinya seperti “pemain bola sepak” yang akan berpindah ke pasukan lain selepas disingkir pasukan asal.

Pada Januari lalu, Noh disingkir Umno selepas memohon dipecat berbanding hukuman asalnya iaitu penggantungan selama enam tahun.

Permintaan untuk dipecat dipersetujui Presiden Umno Zahid Hamidi.

Terdahulu, dilaporkan anak Noh, Nurul Syazwani akan bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Tanjong Karang bawah tiket Bersatu.

Nurul kini ketua srikandi muda di Tanjong Karang, menyertai Bersatu selepas bapanya dipecat awal tahun ini.

Noh berkata, beliau memahami kekecewaan anaknya terhadap Umno dan tidak menghalang niat Syazwani bertanding dalam PRN membawa cabaran PN.

“Sebagai bapa, sudah tentu saya akan turun berkempen untuknya jika benar dicalonkan bertanding dalam PRN Selangor nanti,” katanya.

Post a Comment

1 Comments

  1. Umno dah berakhir era dia, macam golkar di jawa, macam congress di india, dll.
    orang tua² cakap umno akan dipimpin oleh "r.a.h.m.a.n" dlm awalan nama² ketuanya dan menjadi pm, dengan itu ianya telah berakhir dengan najib, ismail bukan ketua umno dan bukan umno yg memerentah semasa dia jadi pm aritu., jadi ramalan & firasat tentang teori "rahman" itu setidak2nya telah menjadi sejarah.
    jadi elok juga mana2 pemimpin dan bekas pemimpin umno mencari rumah baru untuk berteduh, menyambung karier, dan bukan meratap mendungu di teratak tua bernama umno yg bakal roboh dalam jangka waktu yg napaknya semakin dekat., samada pengikut serta peminat umno suka tau tak suka dengar firasat ramalan nih, itu tidak bakal menyakat proses pelupusan umno yg sedang berlaku, indikasinya macam tu.
    Umno ni adalah bagai orang tua yg berpenyakit kronik yg masih merasa ego dgn konon mempunyai lima enam juta ahli berwujud) ??
    sedar tak sedar umno telah menjadi lebih lemah dari parti kuda tunggangan dapigs makala umno pula sudah menjadi keldai bagi pkr dan dapigs dan parti pan, ...

    sadis.


    ReplyDelete