Ciri Biri Pulak Najib Razak.. Jib Makan Apa Kat Dalam Jib?


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur sekali lagi menangguhkan perbicaraan rasuah 1MDB Najib Abdul Razak bernilai RM2.28 bilion hari ini kerana bekas perdana menteri itu masih mengalami cirit-birit.

Pakar klinikal Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Mohd Fadhli Zil Ikram Karim memberitahu hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah bahawa tertuduh pagi ini mengadu mengenai keadaan najisnya.

Fadhli menjelaskan pemeriksaan terhadap bekas menteri kewangan itu sekitar jam 7.20 pagi hari ini mendapati tertuduh masih mengalami cirit-birit aktif.

Doktor itu berkata Najib, 69, menunjukkan tanda-tanda berisiko tinggi dehidrasi dan risiko tekanan darah rendah, sambil berkata pihaknya terpaksa menahan tertuduh di wad di HKL dengan titisan intravena untuk memastikan dia terhidrasi serta pemantauan berterusan.

😂😂😂😃😄😁😀😭😭😭😭😭😭
"Pada pendapat pakar saya, dia (Najib) tidak layak ke mahkamah untuk menghadiri perbicaraan kerana terdapat risiko dehidrasi dan (Najib memerlukan) pemantauan berkala di hospital," kata Fadhli sambil menambah bahawa dia ialah doktor yang mengeluarkan sijil sakit (MC) kepada Najib bukan sahaja untuk hari ini tetapi juga dua hari lalu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Sequerah akan disambung semula pada 21 Jun. Pendakwaan dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib.

Pada 9 Mei, mahkamah jenayah menangguhkan perbicaraan pada hari itu kerana bekas ahli parlimen Pekan itu mendapat MC selama dua hari kerana cirit-birit.

Pegawai perubatan Penjara Kajang Dr Mohd Hafiz Mohd Hoshni memberitahu mahkamah ketika itu bahawa Najib dirujuk ke HKL selepas mengalami sakit perut dan membuang air besar sebanyak empat kali.

Pegawai perubatan itu turut menjelaskan, selepas mengambil pil arang, tertuduh masih dalam keadaan sama dan mengalami dehidrasi ringan serta sedikit demam dengan suhu 37.8 darjah Celcius.

Post a Comment

2 Comments

  1. kasihan dia, .. sakit perut pulak dah..
    apa la agaknya yang diberi makan oleh regim phumdap nih pada dia sampai terciritbirit,
    jangan² dia diberi tempe tamat tempoh tak?
    Dulu ada sorang tu (masa tu banduan) cakap yg dia diberi arsenic (entah apa kebenda la arse-nic tu aku tak tau) makanya dia cakap dia sakit² la gitu, entah ler.
    Dan nih sampai terciritbirit sinajib nih entah apa yg diberi makan tu kena la ada satu team pergi siasat, entah ada konpirasi ke, entah apa ke kan mana la tahu, ya la kan. dan entah pula dia tu buat sakit perut sendiri dengan memakan entah apa pun mana la tahu kan, ya la.. dulu kan ada sorang orang kena tahan pernah dikatakan telah memukul diri sendiri, dan ada juga cerita² yg orang kena tahan dan juga banduan yg sampai bertindak bunuh diri dan sebagainya kalau ikut khabar berita la.
    Jadi untuk mengelak ianya jadi "mistri" maka elok la di siasat apa punca nya si najib tu sampai jadi begitu, lebih² lagi kebetulan bertindih dengan waktu hari kena pergi ke mahkamah.

    untuk kebaikan tidak salah kan kalau ada team yg menyiasat perkara tu kan?

    ReplyDelete
  2. aku yg terbaca ni dah nak terciri biri

    ReplyDelete