DAP Mengungkit Pernah Bantu BERSATU ? Hahahaha

Ini kelakar... so kelakar dan memang sangat kelakar

Bersatu DAP dan UMNO DAP adalah pada 2 situasi berbeza. DAP perlu ingat, bersatu bersama DAP sebelum membentuk kerajaan dan bekerjasama dalam pilihanraya. Jentera dan pengundi bawahan boleh menerima. Kerana sentimen ketika itu adalah menjatuhkan UMNO dan mengheret mereka terlibat dalam rasuah tertinggi serta kes 1MDB diselesaikan. 

Berbeza dengan kerjasama UMNO DAP. Akar umbi DAP sendiri belum tentu mereka boleh menerima UMNO dan begitu juga UMNO. Akar umbi UMNO memang berat untuk mengundi DAP dan menerima calon DAP selepas berpuluh tahun retorik gila dilaungkan kepada rakyat. 

Demi kuasa memerintah, DAP dan UMNO berpeluk tubuh dan menelan segala ludahan retorik yang dilemparkan sebelum PRU15. Apakah mereka merasakan pengundi akan menerima gabungan yang bersifat retorik politik semata-mata antara DAP dan UMNO? 




Post a Comment

0 Comments