Naib Pengerusi I PKR Perak, Arafat Varisai mencabar ketua pembangkang negeri, Razman Zakaria agar membuktikan dakwaan gerakan menjatuhkan kerajaan negeri menerusi undi memilih senator, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.
“Saya cabar beliau gunakan peluang untuk membuktikan angka dalam proses meluluskan usul memilih Senator Dewan Negara bagi mewakili Perak pada sidang DUN Perak yang akan bermula esok jika benar dakwaan beliau,” katanya dalam kenyataan.
Arafat mencabar ketua PAS Perak itu selepas beliau mendakwa beberapa Adun kerajaan bertemu dengannya, berkait gerakan menjatuhkan pimpinan Saarani Mohamad.
Razman yang juga Adun Gunung Semanggol bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah dan nama wakil rakyat dari parti membentuk kerajaan perpaduan Perak, yang bertemu dengannya.
Mengulas lanjut, Arafat yang juga Adun Hulu Kinta, berkata dakwaan tidak berasas Razman itu jelas menggambarkan niatnya untuk menunjukkan kerajaan negeri tidak stabil supaya pelabur kurang yakin, sekali gus memberi kesan kepada ekonomi negeri.
“Rakyat Perak sedia maklum Razman sebagai ‘pakar fitnah Perak’ kerana sebelum ini terbukti di mahkamah bahawa kenyataan beliau sebagai fitnah dan tidak benar, maka dalam perkara ini sudah tentu sama.”
Sebelum ini, Saarani menegaskan kerajaan perpaduan di Perak masih kukuh walaupun wujud dakwaan dan khabar angin berkaitan pentadbiran kerajaan negeri akan bertukar Julai ini.
Kerajaan perpaduan Perak terdiri daripada gabungan 33 wakil rakyat iaitu 24 Adun Pakatan Harapan (PH) dan 9 dari Barisan Nasional (BN).
Blok pembangkang diwakili 17 Adun PAS dan 9 dari Bersatu.
Sokongan 30 daripada 59 Adun diperlukan untuk membentuk kerajaan dan pembangkang hanya memerlukan empat lagi sokongan bagi menumbangkan kerajaan semasa.
4 Comments
Bergaduh dan berpecahlah.
ReplyDeleteRakyat dah jelak dengan pemimpin tongong yang merosakkan kestabilan kerajaan.
Kifarah tetap ada.
cabar la jangan tak cabar, dah tau bergoncang tu kan,
ReplyDeleteoh ya bila ds zahid ke melaka macam mana ya? setel tak?
dan di johor dah ada khabar yang ada pimpinan ameno bersuara bahwa tiada sesiapa boleh memaksa sesiapa untuk mengundi sesiapa pada merujuk arahan mat maslan dan zahid supaya ahli dan penyokong ameno supaya nengundi dap.
Ramai orang tahu apa sebetulnya disebalik yg terjadi pada hakikat penubuhan kerajaan campuran nih, cuma malas nak nyatakan secara terang2an saja atas sebab yg malas nak sebut la.
Aik apa lak orang pkr nih, kan masa tun atuk mintak bukti masa si cikgu zahid tuduh dia kayakan anak2 dia si cikgu zahid tu mintak supaya tun atok buktikan tidak?
ReplyDeleteNah sekarang nih boleh la si razman tu sahut cabaran tu dengan dia yg buktikan tidak,
baru ngam dengan stail anutan pkr kan?
Menurut teori "Rahman" bahwa PM Mesia dari umno akan berkait dengan ketua yg bernama mempunyai awalan huruf berurutan dengan abjad tersebut, dan selepas itu tiada lagi Pm dari umno yg dominasi,
ReplyDeletearakian maka berakhirlah "rahman" tersebut dengan si najib, ... dan yg si mailsabri tu bukan lagi dari dominasi umno juga malahan presiden umno sendiri berusaha mengnyahkan dia dan dihina keji dengan pelbagai lontaran kekesatan terhadap pakmail yg penyabar tersebut.
umno bakal runtuh terus selepas prn 6negeri, dan tanda2 tersebut sudah nampak jelas serta sudah tersebut oleh sianwar sendiri bahwa ph tetap menghormati umno walaupun (telah & akan) kalah.
Banyak orang dah tau bahwa umno bal jadi seperti parti psm, ppp, hanyut berkecai tampa halatuju, jadi ramai ahli dan pemimpin umno yg berpotensi tapi disakat bakal beralih ke parti2 lain yg sedang meningkat diterima ramai. maka nanti akan ramai akan beralih samada menyertai mana2 parti dalam gabungan pn dan malah parti dalam gabungan ph.
umno sudah tidak dapat dipulihkan lagi sebab untuk memulihkan umno maka penawarnya cuma satu,ya cuma satu iaaitu zahid dan kuncu2nya mesti berundur dari umno dan itu tidak munkin berlaku jika dilihat dari senario umno sekarang.
selamat jalan umno, pengkhinatan mu tidak akan dilupakan, generasi baru mcm aku bukan generasi yg boleh umno gula2kan.