Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang mengabaikan kumpulan yang membantah projek Pulau Pinang Selatan (PSI) dilihat seperti memberi 'bola tanggung' kepada Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow gagal menangani kebimbangan pelbagai pihak, khususnya nelayan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar berhubung projek terbabit dengan tidak memberi penjelasan sewajarnya.
"Contoh apabila ditanya apakah 71 syarat yang dikenakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kon Yeow kata butiran semua ada dalam laman sesawang, boleh rujuk di sana. Boleh baca.
"Laporan berkenaan setebal 1,000 muka surat lebih. Ia sangat teknikal, sebagai orang biasa saya percaya mereka kurang faham," katanya dalam podcast 'Keluar Sekejap' yang dikendalikannya bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.
Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan berkata, Kon Yeow sepatutnya mengadakan libat urus dengan semua pihak berkepentingan, bukan hanya lepas tangan dan bersikap angkuh.
"Cara dia jawab mungkin akan ada kesan dalam PRN nanti," katanya.
Sementara itu, kerajaan Pulau Pinang menyiarkan dokumen 71 syarat yang ditetapkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kelulusan bersyarat yang diberikan untuk projek Pulau Pinang Selatan (PSI) di laman sesawang rasmi milik kerajaan negeri.
Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau, berkata beliau menjangkakan PN yang turut dipimpin Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, mempunyai kepakaran untuk menggunakan isu PSI sebagai strategi kempen bagi menawan tujuh hingga lapan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerusi majoriti Melayu khususnya di bahagian tanah besar di Pulau Pinang.
"Isu ini isu klasik, ia akan berterusan dimainkan jika Kerajaan Pusat tidak selaraskan atau campur tangan," katanya.
"Dia perlu kata ini 71 syarat dan tidak perlu terangkan kesemua syarat berkenaan tetapi boleh ringkaskan mengikut kategori yang diperlukan seperti syarat penjagaan alam sekitar, pemantauan dan ada penilaiannya.
"Perlu memberi keyakinan kepada rakyat di Pulau Pinang bahawa syarat-syarat berkenaan akan dipatuhi dan ketetapan yang terbaik dikeluarkan daripada JAS," katanya.
Khairy berkata, isu berkenaan belum selesai walaupun sudah mendapat kelulusan dan kerajaan Pulau Pinang dinasihatkan untuk membuat lebih banyak libat urus serta bukan hanya terlalu yakin dengan mandat yang ada
2 Comments
Nih projek nak lupuskan kg melayu, projek nak halau nelayan, projek nak tibai duit kickback,
ReplyDeletebenda² mcm nih banyak berlaku cuma agenda sahaja berbeza,
kalau yg ameno buat tu sejak dulu byk perkampungan nelayan dirobohkan atas pelbagai nama yg manis2 didengar telinga tapi semua tu kebanyakanya "ada wang disebalik projek", "ada rasuah disebalik kelulusan",
cuba lihat saja berapa banyak kg2 nelayan dihapuskan untuk dibina hotel2, dan sebagainya.
Dulu ameno guna taikun sepet belakang mca gerakan dap, sekarang nih semua taikun tu dah jadi dap, jadi mereka buat sendiri dengan bantuan ameno yg sekarang jadi keldai dap.
Dolu suka berjubo sekarang suka fitnah..!!
ReplyDeleteMentaliti pH/UMNo tuduh dah fitnah dolu, fakta dan bukti kemudian cerita..!! Seperti fitnah Bossku dalam kes 1MDB masih di jaja.. tapi rakyat dah meluat fitnah jijik ini..!!
Brother Anwar Bin Ibrahim telah membuat tuduhan palsu mengenai penyelewengan dana awam sebanyak RM600 bilion, yang dikurangkan kepada RM530 bilion, dan kemudian kepada RM92.5 bilion, kemudian kepada RM4.5 bilion, dan akhirnya kepada hanya RM300 juta.
Lagi pelik bukan sahaja angka itu terus berubah, malah ceritanya juga terus berubah: daripada Muhyiddin Yassin mencuri wang rakyat kepada Muhyiddin menerima rasuah dan sogokan. Akhirnya, apabila Muhyiddin ditangkap didakwa, ia bukan kerana penyelewengan, rasuah atau rasuah, ia adalah kerana salah guna kuasa.
Muhyiddin yang di fitnah meluluskan inisiatif Kementerian Kewangan (MoF) yang dipanggil ‘Projek JanaWibawa’, yang merupakan rancangan ekonomi untuk membantu kontraktor Bumiputera yang berada dalam kesusahan daripada muflis. Muhyiddin tidak bertanggungjawab ke atas Projek JanaWibawa, MoF adalah, dan beliau juga tidak mempunyai kuasa kelulusan.
Jadi bagaimana Muhyiddin boleh menyalahgunakan kuasa yang dia tidak ada?
Muhyiddin selanjutnya didakwa kerana meluluskan rayuan Yayasan Al-Bukhary mengenai status pengecualian cukainya, yang telah dibatalkan oleh Menteri Kewangan ketika itu Lim Guan Eng semasa pemerintahan Pakatan Harapan.
Bagaimanapun, kedua-dua Anwar dan Guan Eng telah menafikan perkara ini. Dalam kes itu, bagaimana Muhyiddin boleh dituduh melakukan jenayah salah guna kuasa kerana meluluskan rayuan Yayasan Al-Bukhary terhadap status pengecualian cukainya jika status pengecualian cukai itu tidak pernah ditarik balik?
Perkembangan yang lebih menarik turut berlaku dalam Semakan Kehakiman yang melibatkan akaun bank BERSATU.
Pertama, SPRM merampas akaun bank BERSATU tanpa memaklumkan BERSATU. SPRM telah mendakwa BERSATU menerima wang daripada sumber rasuah dan atas sebab itu akaun mereka boleh dibekukan.
Bagaimanapun, sehingga hari ini BERSATU tidak didakwa atas sebarang kesalahan. Lebih menarik ialah hakikat bahawa SPRM kini terdedah kerana menghalang dan campur tangan dalam pentadbiran atau perjalanan keadilan.
Hanya dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia PH/ mentaliti korup fitnah Umno perkara sebegini boleh berlaku!
Celah mana yang dikatakan penyalahgunaan kuasa?