Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mempersoalkan rasional kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah ALLAH, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian.
Beliau juga melahirkan rasa hairan kes rayuan itu tidak diberi peluang diputuskan mengikut undang-undang Perlembagaan di Mahkamah Rayuan.
"Kenapa kerajaan Persekutuan sekarang dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tarikh balik rayuan kes kalimah ALLAH di mahkamah rayuan di Putrajaya. Kenapa tidak diberi peluang diputuskan di mahkamah rayuan?"Kes kalimah ALLAH ini bermula di mahkamah tinggi dan boleh dirayu oleh pihak-pihak yang terlibat sehingga ke mahkamah Persekutuan."Kes rayuan ke mahkamah rayuan difailkan kerajaan Persekutuan yang terdahulu pada 12 Mac 2021. Apa rasional rayuan ini ditarik balik oleh kerajaan Persekutuan sekarang,"
Pada Isnin kerajaan Malaysia dan KDN menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ALLAH, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.
Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman berkenaan difailkan Pejabat Peguam Negara pada 18 April lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya.
Hassan seterusnya melontarkan persoalan sama ada keputusan menarik balik rayuan tersebut dibuat secara yang betul, berniat baik, tidak menyalahi Undang-undang pentadbiran.
"Tidakkah peruntukan undang-undang Perlembagaan Persekutuan berkenaan kedudukan Agama Islam terletak dalam bidang kuasa Majlis Raja-Raja Melayu?"Adakah Majlis Raja-Raja Melayu telah dirundingi dan persetujuan raja-raja telah diperolehi sebelum rayuan ditarik balik,"
Justeru katanya, jawapan dan penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sangat penting dalam meredakan kegelisahan masyarakat Islam sekarang.
4 Comments
Campaklah keluar lagu keramat ‘Anak kecil main api’ . Good bye UMNo...!!
ReplyDeleteJangan salah kan orang lain , salahkan pemimpin UMNo itu sendiri bila UMNo dikuburkan PRN Jun 2023 ini nanti..
Terbukti benarlah rangkapnya yang berbunyi:
Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.
Moga sahabat-sahabat dan pimpinan dalam Umno yang masih jujur cintakan perjuangan keramat menyatupadukan ummah segera bangkit menuntut perubahan.
Kepada penyokong-penyokong DAP pula diminta supaya menyokong Umno. Kerana DAP tahu Umno tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu seperti dulu. DAP cukup bimbang jika Umno kalah, dan PH juga akan kalah.
Akhirnya Umno akan bergantung kepada sokongan DAP untuk menang pilihan raya. Dalam erti kata bahasa kasar " UMNo macai DAP yang bertuankan Lee Kwan Yew di Singapura sana". Itu lah fakta tersirat pemimpin yang jadi barua barua mereka.
Kalau walaun UMNo tak paham dan tak serik juga ko orang tunggu PRN Jun 2023.... UMNo ke laut dalam..!!
Pemimpin bodoh untuk Ahli yang bodoh..!!
Sesungguhnya yang mahu ‘bunuh’ matikan Umno bukan PAS bukan BERSATU tetapi pemimpin Dan ahli UMNo yang sebaris dengan DAP Dan Anwar Ibrahim yang sepentas dengan Presiden Umno di WTC hari ini.
Keabsahan prestasi UMNo pula akan teruji tidak lama lagi. Ianya akan teruji dalam Jun 2023 dalamPRN di 6 negeri nanti. Berdasarkan beberapa penelitian awal, dijangkakan Umno akan kehilangan lebih separuh sokongan penyokong-penyokongnya dalam PRN akan datang.
Tungguuuuu...!!
Awas agenda Pluralisma sedang berkembang bila Brother Anwar Bin Ibrahim diangkat PMx
ReplyDeleteKesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) telah mengeluarkan kembali kenyataannya yang bertarikh 21 Februari 2021 bersama Liga Ulama Islam dan Liga Arab Maghreb ketika mengadakan persidangan yang bertajuk The Position of the Islamic Ummah on the Abrahamic Religion yang merumuskan bahawa Abraham Religion adalah satu ancaman terhadap akidah umat Islam.
Penggunaan kalimah Allah salah satu bunga bunga rencana kecil Pluralisma Agama di Malaysia tak sampai 3 setelah dinobatkan sebagai PMX... AWAS..!!
tanggal 16 Februari lalu UAE secara rasminya telah membuka Abraham Family House, iaitu satu komplek yang mengandungi sebuah masjid, gereja dan synagogue di Pulau Saadiyat, Abu Dhabi, UAE.
Akhbar utama negara haram Israel, The Jerusalem Post dalam ulasannya begitu bangga dengan perkembangan tersebut.
KUIS dalam kenyatannya menyeru para cendekiawan Islam, penuntut ilmu dan pendakwah untuk menunaikan kewajipan mereka terhadap agama Islam dalam menghadapi cabaran bid’ah yang sesat di zaman ini.
Syeikh Dr. Ahmed Al Tayeb, Abraham Religion adalah satu ancaman dan muslihat besar yang boleh menyesatkan akidah umat Islam. Agama baharu ini perlu ditolak dan diperjelaskan bahayanya kepada umum di samping bertujuan untuk memanipulasi umat Islam supaya menerima keberadaan zionis Yahudi.
UMNo bole buat apa ... Sekadar jadi macai DAP bertuankan Lee Kwan Yew...
Haah tepokkk
Ada yg menyebut bahawa rayuan kes ini terhadap keputusan mahkamah yg terdahulu dibuat seiringan juga dengan titah sultan2 johor dan selangor...
ReplyDeletehmmm..
sultan2 johor & selangor... hmm
...hmmm ....hmmmm
dan ada khabar yg menyebut yg pehak gereja sabah sudahpun menarikbalik saman ini pada april yg lalu.. hmmmmm
dan ni bunyi cerita yg pehat pujabat ugama ..babinet... kdn.. menarik balik rayuan...
hmmmm.
sudah di set-up ker ya kes yg sedang berjalan nih?
mcm dah set-up je ya kan?
ermm .. maka engko pm, kdn jawab la apa pun mesti jawapan kencing punya kalau betul terjadi set-up.
Kalimah Allah dah lama terpakai dalam agama bukan Islam.
ReplyDeleteDalam ceramah UAI juga ada menerangkan tentang penggunaannya pada agama lain.
Jangan disempitkan dan dimalukan pemikiran penganut Islam dengan mempolitikkan perkara tersebut.
Di Malaysia khasnya di Sarawak penggunaannya telah lama sebelum Malaysia ditubuhkan.
Bahkan di negara teluk mereka dah lama mengabdikan tuhan mereka dengan sebutan yang sama dengan orang Islam.
Secara sejarahnya sejak dari nabi Adam dan agama2 samawi menggunakan kalimah Allah yang mengesahkan Islam adalah satu2nya agama diwahyukan sejak manusia wujud di muka bumi.
Yang menggeletar dan meroyan mempolitikkan isu tersebut haruslah bersikap terbuka.
Nak kata takut akidah terpesong dan terkeliru rasanya tak logik langsung.
Di negeri yg menggunakan kalimah tersebut khusus utk umat Islam ramai yg tidak mengamalkan ajaran Islam.Malah kehidupan mereka lebih buruk dari bukan Islam.