Petanda Gerakan Politik Baharu Daripada Presiden PAS ? Hmmmmm... Menarik..


Statement PAS yang agak menarik daripada Presiden PAS sendiri. Apakah ada ura-ura akan berlaku satu pergerakan politik yang pelik antara gabungan parti baharu. Agak menarik sekiranya benar. 

Persoalannya, sampai bila rakyat perlu diheret dalam kancah politik hina sebegini. Bilakah masa untuk ekonomi kewangan negara kembali mampan tanpa kekacauan politik. Hmmmm 

FMT | PAS sanggup bekerjasama dengan semua pihak dan tidak teragak-agak membatalkannya apabila ia melanggar prinsip dan strategi parti itu, kata Presiden Abdul Hadi Awang.

Hadi berkata, PAS juga bersikap terbuka dan bersempadan menghadapi sebarang perubahan dari sudut pemikiran dan sikap manusia yang berubah-ubah.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, bagaimanapun PAS bukan rumah tumpangan politik sementara waktu yang boleh dipergunakan pihak lain untuk melakukan jual-beli politik.

Penegasan itu dipercayai susulan tindakan PAS menyokong Proklamasi Orang Melayu diterajui Dr Mahathir Mohamad ketika ini, walaupun dua pemimpin berkenaan sering berbeza pendapat sebelum ini.

“PAS tidak boleh dijadikan rumah tumpangan politik sementara waktu atau laksana bola yang boleh ditendang oleh pihak lain dengan mudah atau untuk berniaga politik dengan janji pangkat, harta dan takhta,” katanya di Facebook.

“PAS mengadakan kerjasama dengan pihak lain atas titik persamaan kemanusiaan dan keadilan kepada semua tanpa melanggar sempadan prinsip Islam dan konsep yang menjadi kewajipan PAS.

“PAS lebih mengutamakan sikap berkebajikan terhadap semua pihak, termasuk terhadap mereka yang pernah bermusuh atau sedang bermusuh atau paling bermusuh,” 

PAS sebelum ini bekerjasama dengan PKR dan DAP atas tiket Pakatan Rakyat, namun gabungan itu terbubar pada 2015 selepas DAP dan PAS tidak lagi sehaluan.

Selepas kalah pada PRU 2018, PAS dan Umno memeterai Piagam Muafakat Nasional pada akhir 2019 namun kerjasama atas platform penyatuan ummah itu juga gagal apabila PAS menyertai Bersatu membentuk Perikatan Nasional pada 2020, selepas lima bulan di Putrajaya.

Hadi berkata, apabila ada pihak melanggar dasar PAS atau memaksa PAS keluar daripada landasan Islam atau melanggar konsep yang wajib seperti kewajipan menegakkan negara Islam atau konsep amar makruf dan nahi munkar atau ancaman terhadap Islam dan penganutnya oleh pihak lain, maka PAS tidak teragak-agak membatalkan kerjasama atau keluar daripada pakatan politik tersebut.


Post a Comment

4 Comments

  1. Ayat spin, kawan tu cakap lain diolah berita dengan suntikan tone tune spin putar tipu keliru oleh juruslampit.
    Kawan tu cakap perkara mudah saja iaitu parti pas bukan parti untuk sapa2 tumpang, (samada untuk naik, cari pengaruh atau memperkudakan).
    Dan jika berkawan pun sekiranya yg jadi kawan tu langgar prinsip parti pas maka pas akan bertindak untuk putuskan hubungan.
    Dan itu yg dia cakap yg mana bermaksud parti pas sedia berkawan dengan parti mana pun tapi syarat dia macam tu.
    Jadi tak ada kena mengena atau bersangkut untuk ada lain2 hal.

    Dan aku rasa parti lain pun ada syara dia la kan tapi kadang2 ada parti yang hanyut dari prinsip parti masing2 dan ada parti yang teguh dengan prinsip mereka.

    Itu saja pun ceritanya, tak perlu ler meng-sensasi-kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira pas sedia utk kembali berkawan dgn DAP dan PKR?

      Delete
    2. anon 3:55 lol untuk pas bekerjasama dengan dap dan pkr tu dah jadi cerita silam.
      Generasi muda dalam pas dah tak mahu bersama dengan dua parti tu, bukan hanya hadi.
      .

      Delete
  2. Gelombang hijau membuat pas jadi alpa.Sedikit rasa sombong dan bongkak.Semoga tidak lalai dan menjadi munafik.

    ReplyDelete