Penat Betul YB Dr Azman Ni.. Benda Salah Nak Tegakkan?

Kenapa YB perlu tampil tweet seolah tiada kesalahan yang dibuat. Sebab tiada bayaran maka kerajaan negeri boleh mengambil, menyekat dan membuat apa saja kepada air paip pili bomba? Macam tu ker? 

Benda ni boleh jer bagitau, keadaan terdesak dan memohon maaf kepada pihak bomba kerana menceroboh tanpa segan silu dan post dalam sosial media sempena PRN 2023 sudah dekat. 

Kerja selesaikan isu air ni dah memang tugas exco negeri, fikir cari jalan dan selesaikan. Kalau dengan paip air bomba dijadikan sandaran, kenapa YB tidak cadangkan saja paip bomba dijadikan main utama pengaliran air kepada semua penduduk. Kan bomba tak bayar apa-apa... hmmmm

Next time, YB tolong baca banyak kali dan hadam isu sebelum nak tweet. 





Post a Comment

3 Comments

  1. Ni dah nak jadi kes basikal tak dak lampu dan mengikut undang2 jalan raya tak leh la ride atas jalan (bertar? bukan milik persendirian?), maka sekiranya darurat macam mana pun tak boleh la naik jalan raya, dan sekiranya ada pegawai balai berdekatan atas sebab keperluan mendesak (ie pergi beli ubat) maka tetap salah sebab melanggar undang2 dan tiada kebenaran khas dari pejabat jpj negeri atau persekutuan? atau dari pejabat ketua polis negeri atau ketua polis negara.
    kalau pergi mahkamah nanti akan dirujuk satu dua ayat penegak nak menang mcm segala macam apa jua kes2 perbicaraan kebanyakan mahkamah seluruh dunia.

    Dalam bab pili bomba tu pun banyak tafsiran yg boleh dibuat, dan dalam kes di satu kawasan di kelantan tu pun banyak tafsiran yg boleh dibuat iaitu samada perlu mendapat kebenaran dari pejabat bomba negeri atau persekutuan atau cuma kebenaran dari pegawai balai bomba berdekatan secara lisan dan di urus oleh petugas balai itu sendiri atau bagaimana?
    Ya la, kes tu dah macam sengaja nak cari gaduh je la nampak, dan kalau dikira2 sekiranya ada pula nanti klause yg menyatakan bahwa apa jua paip sambungan, pili dan sebagainya tidak boleh dipasang pada mana2 paip milik syarikat air berkenaan kecuali dengan ada kelulusan dan hendaklah bermeter, maka apa pula bakal jadinya?

    Dalam kes tu aku agak memang ada kebenaran lisan dari balai bomba berdekatan yg menghantar petugas mereka kesitu, tapi ye lah pegawai rendah dan dengan lisan pula, dan sekarang ni ada semacam mainan tekanan politik maka tersepit lah dia untuk berkata apa2, silap haribulan akan didakwa dan dihukum yg entah apa dan tidak dibenarkan memohon pengampunan di raja pulak nanti, ye lah sebab telah salah menggunakan kedudukan yg kerdil untuk menggunakan pili bomba bagi pehak yg hendak mengambil air dengan cepat dari paip milik mereka yg bomba tompang pasang dan tak pernah selam lebih 60tahun adanya bomba persekutuan keluarkan bajet untuk buat paip air sendiri di dua negeri tersebut.

    Jom perbesarkan isu nih macam pertama bermula kes nih ada yg kata si mp tu pergi serakah tibai air bomba (sebab miskin takdak paip air sendiri). dan bila dah tengok yg pili tu cuma pili menumpang maka cari la apa jua seksen undang2 bab pili bomba supaya jadi salah.
    dan yg bersungguh2 sangat tu si menteri yg bos dia ada kes mahkamah sakau entah berapa banyak dan tak pula dia tu bising, yg dijadikan isu nih cuma berkait perkara yg bersifat teknikal saja, dan tak sedikit pun merugikan air milik bomba, nampak sangat tak ada kes yg nak dicari, kes menggunakan pili bomba satu dua hari waktu perayaan banyak warga balik kampung pula yg diteriakkan, elok ler tu, bertambah kasih la orang kelantan pada madani rahmah nih.

    Nah engkorang rakyat kelantan dan terengganu, ni lah masanya ungkitkan dan mintak supaya bomba disediakan paip sendiri di negeri2 engkorang, tunggu apa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pebenda ko melalut ni

      Delete
    2. betul mesti ada kebenaran penggunaan tu, kalau tak masakan anggota bomba yang tolong pergi buat, dan mengapa tiada tindakan dikenakan kepada anggota bomba tersebut? Siapa yang arahkan mereka kesana?

      Delete