Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mendakwa pentadbiran Anwar Ibrahim mengabaikan reformasi institusi dan pembangkang yang banyak bermain sentimen sebagai sebab ia akan menentang semua parti pada PRN akan datang.
Setiausaha Agung Amir Hariri Abd Hadi ketika ditanya mengenai keputusan Muda bertanding solo berkata ia mahu menyedarkan negara tentang isu yang melanda pentadbiran Anwar.
Beliau menyenaraikan isu seperti melantik orang politik dan ahli keluarga ke syarikat berkaitan kerajaan, dan mendiamkan kritikan terhadap dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan Barisan Nasional.
Turut disorot mengekalkan Akta Universiti dan Kolej Universiti, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Hasutan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) tanpa usaha untuk mansuh atau pinda serta menggunakannya; dan tiada pendakwaan berkaitan skandal kapal tempur pesisir (LCS), dan tindakan speaker Dewan Rakyat menolak usul presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membahaskan isu itu.
“Reformasi institusi termasuk lantikan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melalui Parlimen yang kita suarakan dulu dibakulsampahkan,” katanya kepada FMT.“Akhirnya Azam Baki yang ditentang dahulu dilantik semula,” tambahnya. “Siapa yang boleh nafikan perkara-perkara ini? Silakan.”
Amir berkata Muda mahu menjadi alternatif kepada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, serta Perikatan Nasional yang dibidas kerana banyak bermain sentimen.
“Kita tidak punya pembangkang berkesan; pembangkang hari ini lebih banyak memainkan sentimen melalui isu kaum, agama, dan raja secara melampau berbanding isu-isu dasar. Mereka juga tidak ‘subscribe’ (tidak berpegang) dengan agenda reformasi.“Lalu rakyat perlu diberi pilihan yang lain, selain satu tamparan perlu diberi kepada yang berkuasa.”
Ditanya mengenai perbelanjaan untuk PRN, Amir berkata calon yang bertanding bertanggungjawab menyediakan duit sendiri. Muda juga terpaksa meminimumkan perbelanjaan dengan majoriti kempen dijalankan secara dalam talian.
“Kita akan fokus menyediakan tawaran dan dasar, berbanding mengira berapa bendera dan sepanduk yang digantung,” katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberitahu Dewan Rakyat bahawa akan ada pendakwaan peringkat kedua berhubung isu pembinaan LCS, dan semua pihak mesti menerima pendakwaan dibuat oleh Peguam Negara.
Speaker Johari Abdul ketika menjelaskan penolakan usul Syed Saddiq berkata ia ditolak kerana perbahasan akan dibenarkan selepas Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membentangkan laporannya.
Berhubung pelantikan Azam, Anwar berkata khidmatnya diteruskan kerana beliau menjalankan tugas dengan memuaskan, tanpa memilih puak atau parti.
3 Comments
Muda terlalu muda, lagi pula boss yg muda dulu ada terpalit skandal dengan janda, dan ini bukan satu permulaan yg baik untuk parti sadik..
ReplyDeleteboleh la join parti kecil lain tapi parti kecil lain ada boss yg lebih baik mcm berjasa, juga mcm parti cinta malaysia yg dulu najib payungkan, prm sosialis ppun pemimpin ada karekter tapi orang melayu btak suka sosialis,
munkin dua tiga puluh tahun akan datang sadik boleh la ada sikit orang terima bila kalau dia boleh tunjuk kerja yg baik, tapi boleh ke muda bertahan lagi sepuluh tahun?
umno bakal bungkus jika kalah prn di enam negeri, tukar presiden pun umno terpaksa merangkak dan dah tak boleh berdiri sendiri dan bila berkoliasi umno tak ahkan diberi kerusi lebih dari tahap yg ada sekarang dan sebab umno dah hampir lumpuh dan tiada pemimpin yg berfenomena maka umno akan menjadi parti bersaiz kecil.
kalau pas trus stabil maka di pantai timur dan utara pas aka terus menguasai manakala parti bersatu akan mengukuh diselatan dan tengah semenanjung serta sabah.
parti muda tiada hardcore grassroot untuk support mereka, tiada juga baseline jadi muda tidak lebih sebagai cuma parti yg "merayau" di arena politik malaysia.
Dengar cerita pas nak jadi abg besar dlm pn dan mula menyergah bersatu dlm pengagihan kerusi.Memang patut!
DeleteSepatutnya begitulah situasi dlm pn kerana kekuatan sebenar pn bukannya mahiadin atau semburit.Kekuatan sebenar adalah dari pas iaitu gelombang hijau.Jika 6 negeri bakal dikuasai oleh pn rasanya negeri terkaya iaitu Selangor sepatutnya dipimpin mb dari pas dan bukannya parti bersatu yg dikatakan bakal diterajui kembali oleh puak semburit.Jijik!
Pas perlu tegas dan berani mengetengah calon berkaliber tanpa sekarang skandal video lucah khasnya di Selangor.
Bagi muka boleh tapi berpada-pada.Nak agih kerusi biarlah keutamaan kepada sokongan akar umbi dan bukannya ditentukan oleh para penyamun skandal jana wibawa.
anon 9:04,, rasanya pak semburit tak akan menang kalau dia bertanding pun, genZ tak maudia mcm tak mau pada atok pakar ehwal sempelir+semburit+semjubor tu,,
Deletejadi tiada peluang dia nak naik,, mb selangor untuk pn adalah nohomar bukan jimin.