Naratif Palsu DAP?




Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng mempertikaikan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menggesa orang bukan Melayu di negara ini supaya tidak terpedaya dengan "naratif palsu" DAP.

Lim mempersoalkan sama ada PAS juga terpengaruh dengan "naratif palsu" ini apabila parti itu bekerjasama dengan DAP dua kali pada masa lalu.

“Hadi harus memberikan jawapan jujur kepada kita kerana sejarah seolah-olah memberitahu kita bahawa PAS menumpang parti politik lain untuk mencapai agenda politiknya sendiri dan dia juga harus menjawab kita sama ada PAS turut terpengaruh dengan apa yang dikatakan 'naratif palsu' ketika dua kali bekerjasama dengan DAP,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim turut menyorot sejarah PAS bekerjasama dengan parti lain yang menurutnya untuk kepentingan sendiri sebelum meminggirkan sekutu mereka.

Pemimpin DAP itu juga berkata bahawa PAS adalah sebahagian daripada Barisan Alternatif, yang ditubuhkan pada 1999 sebagai barisan pembangkang menentang BN, bersama-sama dengan DAP dan PKR.

Bagaimanapun, gabungan ini berpecah dua tahun kemudian apabila PAS dan PKR membawa haluan masing-masing di negeri yang ditadbir PAS.

PAS kemudiannya bergabung semula dengan PKR dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat pada 2008 semasa kemuncak gerakan Reformasi pimpinan Anwar Ibrahim.

“DAP sangat bersikap terbuka terhadap PAS dan menerimanya sebagai rakan kongsi.

“Itulah saat-saat kami menikmati hubungan kerja yang baik dengan ahli PAS kerana kami tidak melihat orang Melayu sebagai ancaman.

“Namun, era (bekas musrsyidul am PAS) Nik Aziz Nik Mat berlalu dan Hadi mengambil alih jawatan presiden PAS, hubungan itu kembali keruh.

"Sekali lagi, PAS yang meninggalkan Pakatan Rakyat, membawa kepada pembubaran gabungan itu pada 2015," kata Lim.

PAS adalah sebahagian daripada BN pada 1972, yang menyaksikan PAS memenangi 14 kerusi parlimen pada pilihan raya umum 1974.

Tiga tahun kemudian, PAS berpecah daripada BN dan hanya mempunyai lima kerusi parlimen pada pilihan raya umum berikutnya.

“PAS ditinggalkan oleh pangkalan pengundi Melayunya sehingga pilihan raya umum (PRU) 1999 pada kemuncak pergerakan Reformasi Anwar.

"Sekali lagi, pada 2022, PAS mendapat manfaat daripada pengundi Melayu yang meninggalkan Umno pada PRU lalu, memberikan gambaran bahawa terdapat 'gelombang hijau'," kata Lim.

Hadi sebelum ini membangkitkan peristiwa 13 Mei 1969, memberi amaran terhadap “naratif palsu” yang disebarkan DAP untuk mempengaruhi golongan muda Cina dan India.


Post a Comment

4 Comments

  1. Senang cerita, takyah nak bengkok², bahwa Hadi sejak awal tidak bersetuju berkepit dengan Dapigs, tapi demi mengelak perpecahan dalaman Pas maka beliau hanya "menurut," keputusan parti yg ketuanya ketika itu adalah Fadilnoq

    ReplyDelete
  2. ketua boboi umno ada berkokok yg kunun mintak dapigs "mohon maaf" pada amno...
    nak lawak ler aku terbaca cerita tu hehehe..
    eh.. tak ker yg wakpono tu yg pergi terhegeh2 jumpa matsabus sebelum pru15 lagi menurut apa yg simatsabus tu cakap? dan katanya lagi yg siwakpono tu telah berjumpa ramai lagi pemimpin parti komponen ph?
    Dan ada cerita yg wakpono tu sampai nangis2 dilutut limpigsial supaya tolong dia yg bakal didapati bersalah dari 47kes ber primafacie??
    dan dia ada byk lagi kes yg boleh disabitkan yg dia pun tahu dia mesti kena kalau dapigs tidak bantu sebab towkei² yg berkaitan dgn kes² dia adalah towkei² yg pro dapigs?
    Ada yg cakap mcm tu,
    dan simamathasan tu pun dah ada berkira dengan taiko dapigs juga sebelum pru15 lagi menurut sumber dapigs?
    Mereka tu nak marah dgn mailsabri sbb simail tu lembab kata nereka.. dan tuduhan lembab tu sebab simail tu telah tidak gunakan kuasa pm yg dia ada untuk arahkan ag tutup kes wakpono dan kuran aktiviti "import-import" untuk cheif² amno.

    (copy & paste)
    ........
    Jadi kalau si boss amno dah meratap melutut pada dapigs maka eh tiba² ader ker si ketua boboi amno ngada² kunun bawa usul supaya dapigs minta maaf pada umno...
    apa punya lawak bodo la dia yg tembam tu.... hehehe.

    ReplyDelete
  3. Si tajudinrahman dah mula dedahkan yg wakpono sebetulnya dak ada pakatan sulit dengan ph,
    maka rumur yg mengatakan ianya memang berlaku dah sedikit demi sedikit mula di bongkar tampa didesak oleh seorang yg terdesak.
    Dengan ini jika benar dan betul yg ianya memang terjadi maka ianya bermakna ahli2 umno telah ditipu oleh wakpono & kuncu2nya dengan penipuan yg paling tipu hina keatas ahli2 umno.
    Persoalanya adalah adakah ahli umno mahu terus menjadi bodoh ditipu hidup2 oleh wakpono, & kuncu2nya?
    Penipuan dihadapan ahli2 di pau umno itu adalah amat sadis umpama memberikan mereka makan "sup madani sondol" tapi diberitahu bahwa ianya "sup 1mesia".
    alahai... kecian ahli2 umno.

    nb: dulu ada si jokowi terucap yg orang indon patut masukan menu "sup babi" dalam menu hidangan idul fitri, ya lah munkin dia tu kluster mazhab atau ugama soekarno.

    note: Ned adalalah antara agensi amarika yg kuat membantu parti pap singapork, dan juga membantu parti pdip indon, di mesia ned cakap yg mereka telah memberi fund yg cukup banyak kpd ph sejak sekian lama, dan khabarnya parti yg baru menang di thailand pun adalah parti tajaan ned.?


    ...
    banyak kena renung nih.. apa saja ya agenda amarika di asia tenggara nih.

    ReplyDelete
  4. Alangkah Indah Hidup ini kalau aku jadi Jho Low, Zety Taufik Ayman dan keluarga penyamun nya...

    Harap harap boleh ke udara dalam rancangan Radio klasik FM 87.9 rancangan Mengamit Kenangan.. kikikiki..!!

    Dari dolu lagi masa kecik aku impikan hidup senang dan morden di Kuala Lumpur. Kota metro yg impian menjanjikan kekayaan dan kemewahan penuh dengan gemerlapan.

    Teringat lagi hakak dan abang aku mentelaah buku sekolah dan home work ditemani satu pelita minyak tanah kongsi ramai ramai buat homework, masa tu api letrik pun tak ada lagi di kampung haku..!!

    Cuma berkongsi dan bertemankan radio transistor milik ayah dengar rancangan Mengamit Kenangan Radio RTM dengan lagu lagu yang sesuai dengan topik rancangan itu.

    Teringat lagi haku kongsi satu pelita tanah bersama abang dan hakak sambil buat kerja sekolah.Masa kecik haku nak ke KL pun 3 tahun baru sekali jejak kaki ke Kuala Lumpur itu pun nak ke Subang Airport hantar atok aku Tanah Suci Mekah.

    Sekarang dah beso.. ada rumah kereta keluarga dan bolelah dikira berjaya. Begitu jugak dng kakak dan abang saya suma berjaya mak dan ayah tumpang gembira hasil usaha nya berjaya melihat anakcucu berjaya ke menara gading..

    Dolu kampung aku cuma ada tiga saja parti di kampung haku iaitu Parti UMNO, United Malay National Organisation Party dan UMNo. Dah tentu sekali semestinya Perdana Mintri jugak dari UMNo juga..

    Dolu dolu kalau PRU bertanding UMNo letak lah tunggul kayu lawan calon PAS, Bebas seperti Boboi dan DAP percaya lah tunggul kayu itu yang menang..!! Kikikiki ..!!

    ... Sambung bawah ni hah..

    ReplyDelete