Berpuluh tahun anwar dan mahathir berkelahi dan pelbagai cara digunakan mahathir untuk menyekat anwar menjadi perdana menteri. 

Pelbagai laungan rasuah, penyelewengan kononnya beratus juta, berbillion ringgit dengan dakyah kleptokrasi, kolaborasi, kakikasi dan berbagai lagi. Akhirnya, anwar berdiri disebalik timbalan perdana menteri yang terpalit berpuluh tuduhan di mahkamah dan tanpa segan silu masih melaungkan slogan rasuah.

PH dibawah mahathir telah mengherat najib razak ke penjara tetapi konco lain dalam projek 1mdb masih terlepas. Kenapa hanya najib ditangkap, ditahan dan dipenjara tetapi tidak kepada mereka yang bersekongkol tidak ditangkap. 

Isu 1mdb sunyi sepi, isu kapal LCS dibisukan oleh semua MP PH yang kononnya begitu taksub ketika berkempen PRU15. 

Salahkah mahathir berbaju hijau berlambangkan bendera kelantan untuk kali pertama dalam hidupnya?