Sanusi Bidas Saidudin - Tuduhan Kena Denda RM500k

Petikan dari malaysiakini 16 Julai 2023 : Menjawab Sanusi, Saifuddin berkata dia tetap mempertahankan dakwaannya itu.
"Fakta yang (saya sebutkan sebelum ini) tidak berubah... (di Kedah) tidak ada syarikat yang mendapat lesen eksport, jadi mineral di Kedah yang diperolehi secara tidak mengikut tertib dan peraturan... dibawa sampai ke Pelabuhan Klang.
"Yang ditangkap itu termasuk warga asing, dan warga asing ini ada yang bekerja atau (mempunyai) visa kerja (yang) dikeluarkan daripada perakuan MBI.
"Warga China (yang ditahan) ini, dia masuk sebagai visa profesional, dia hanya boleh masuk dengan visa itu kalau MBI beri perakuan, dan di antara yang ditangkap termasuk yang dapat visa yang diperakukan MBI, jadi itu yang ditangkap," katanya.
Gambar orang ditangkap bersama Sanusi 
Saifuffin berkata dia mempunyai gambar pertemuan orang yang ditangkap bersama Sanusi.
"Saya mempunyai gambar mereka yang telah ditangkap, di mana dan bila mereka bergambar dengan Sanusi. Saya mempunyai semua maklumat.
"Dia perlu menjelaskan segala-galanya, bukan sekadar mendakwa MBI tidak terlibat.
“Saya mempunyai koleksi gambar yang bagus, tetapi saya tidak mendedahkannya sekarang," katanya, lapor NST.




Post a Comment

2 Comments

  1. Senyap-senyap buat kerja tanpa pengetahuan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Siakap senohong gelama ikan empurau.
    Bercakap bohong lama-lama menyakau.

    ReplyDelete