Seluar Pendek Kelantan - Selesai atau Macam Mana?




Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming diminta mengemukakan penjelasan berhubung denda yang dikenakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BI) terhadap seorang peniaga bukan Islam kerana memakai seluar pendek di premis perniagaanya baru-baru ini.

Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker berkata dia membangkitkan persoalan itu kerana wujud kekeliruan sama ada kompaun yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan berkenaan dibatalkan atau sudah diselesaikan.

“Adakah isu itu selesai apabila kompaun yang dikenakan dibayar? Sekiranya kompaun telah diselesaikan, maka saman itu tidak dibatalkan.

“Sekiranya ia dibatalkan, menteri terbabit mesti memastikan kompaun yang telah dibayar dikembalikan,” katanya melalui catatan Facebook semalam.

Mengulas lanjut, Ti berkata walaupun Nga mendakwa isu itu selesai, ia berbeza dengan kenyataan yang dibuat oleh bapa angkat wanita terbabit yang memberitahu dia membayar kompaun bernilai RM50 kepada MPKP-BRI pada pagi 27 Jun.

Itu bermakna, kata Ti, denda tersebut dibayar dan tidak dibatalkan seperti yang dicadangkan menteri.

Ti juga mendakwa Nga kelihatan cuba menutup mulut semua pihak dengan memberi amaran supaya tidak "memanjangkan isu" berkenaan.

“Dengan membangkitkan perkara ini, saya tidak memainkan isu seperti yang diberi amaran oleh menteri. Saya hanya memastikan tiada perbincangan berganda.

“Saya tidak akan membenarkan isu yang menceroboh kebebasan asasi kita ini ‘didiamkan’ dan ditutup tergesa-gesa tanpa menyelesaikan isu sebenar yang melibatkan kebebasan kita ke arah menegakkan hak minoriti seperti yang dinyatakan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan Nga mengenai kebebasan rakyat Malaysia untuk memilih pakaian mereka serta membela wanita terbabit dipuji oleh Ti.

Ti juga menyatakan peniaga itu tidak sepatutnya didenda sama sekali kerana beranggapan seseorang yang berseluar pendek di premis sendiri adalah "wajar mengikut semua standard".

MPKB-BRI pada 26 Jun lalu mengenakan kompaun terhadap seorang peniaga wanita bukan Islam kerana memakai seluar pendek hingga pangkal paha di premis perniagaanya.

Bagaimanapun, MPKB bersetuju membatalkan kompaun terhadap wanita berusia 35 tahun itu selepas sesi perbincangan diadakan bersama Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Mohd Fadzli Mohd Kenali.

Sementara itu, dilaporkan seorang anggota Rela yang bertugas di pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Pulau Pinang cuba menghalang seorang wanita bukan Islam berskirt daripada memasuki pejabat tersebut, Rabu lalu.

Post a Comment

5 Comments

  1. Istilah seluar pendek rasanya tidak begitu tepat sebab ianya terlalu umum, dan bahkan nama seluar "pendek" ada pelbagai mengikut jenis dan model/bentuk sesuatu seluar "pendek tersebut,
    seluar kalau yg jenis sikit kebawah dari seluar renang sukan zaman nih tu memang secara umum boleh terkategori seluar pendek tapi dari apa yg terlihat dari gambar wanita yg didenda tersebut ianya seolah² seluar "spender" saja mengikut kata orang kelantan yg mana ianya malah terlindung kedalam t-shirt saiz biasa pemakai.
    Suatu perkara lar, kalau dilihat dinegara china pun susah nak nampak wanita berpakaian sedemikian di tempat awam, atau malah tidak terkelihatan langsung, jadi di sini aku ada juga rasa nak bertanya bahwa kebebasan berpakaian tahap mana yg nak diperjuangkan oleh bangsa china di Malaysia nih sebetulnya?
    Dalam bab kategori lelaki pula aku tak tahu, jadi belum rasa nak komen.

    Kalau bab hak merokok hah yg tu aku ada rasa nak komen juga sebab tapi setelah ada kajian khusus yg dibuat tampa bias dimana dokumen nya ada boleh dibeli & baca.
    Bukan aper sebab atuk enyang aku umor seratus lebih & merokok sejak remaja.. sihat² saja sekadar orang yg di usia dia dan masih boleh kekebun milik dia.. ok ok jer aku nampak, jadi naratif tentang bahaya merokok serta kempen yg butatuli menggila sampai menimbulkan stigma negatif terhadap produk tembakau tu boleh dipersoal apakah tujuan sebenarnya lar bagi aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. atok nenek ko merokok, guna tembakau tanam. bukan rokok cigarettes yg jual kat kedai tu. Yang tu membawa mudarat pada kesihatan sendiri dan orang sekeliling. Ada paham?

      Delete
    2. anon 9:38, ..hurmm.
      then they should banned that type of cigarette instead, why kejadah sakat on smoking jika macam tu, kenapa?

      Lagi kenapa disakat penanaman tembakau then, kenapa?
      dan kenapa ditinggikan harga tembakau organik terutama dari latin amarika, dan juga negara² lain?
      dengki?
      pondan?
      bodoh?

      Kalau rokok yg jenis tu yg salah jangan salahkan tembakau & sakat perokok itu yg pertama...

      Delete
    3. anon 3:26 - ko dah kenapa kejadah?

      Delete
    4. atok aku consume semua, Cuban cigars, Indon cigars, kalau "cigarette" siap beli yg dlm tin 50s lagi, tembakau local kunyah pun ada.


      Delete