Misteri 3 Lot Tanah PMINT Ditukar Hak Milik Kepada Isteri YB Exco Terengganu

Siapa Nor Aini binti Mohamed?

Mengejutkan, Nor Aini ialah isteri kepada bekas ADUN Kuala Berang, Dr Mamad Puteh yang juga YB Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hjau Negeri Terengganu.
Lebih mengejutkan, Dr Mamad ialah Ahli Lembaga Pengarah PMINT sejak 2018 hingga kini.

Agensi pembangunan ekonomi milik kerajaan negeri iaitu Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) pada 13 Oktober 2015 telah membeli satu lot tanah bagi tujuan pembangunan dengan harga lebih RM930 ribu.

Tanah itu terletak di lokasi strategik dalam kawasan Bandar Kuala Berang iaitu di hadapan Pejabat Daerah Hulu Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu.  

Pada 15 Oktober 2019, dua lot tanah itu iaitu 50136 dan 50137 telah ditukar hak milik kepada Nor Aini binti Mohamed yang beralamat di No 6712, Kampung Sungai Petai, Kuala Berang.

Lot 50138 turut bertukar hak milik kepada individu yang sama pada 4 Jun 2020.

Dengan adanya ‘conflict of interest’ melalui hubungan suami isteri kepada perkara ini, adakah wujud salah guna kuasa apabila tanah bernilai tinggi yang dibeli oleh PMINT kini bertukar milik kepada isteri Ahli Lembaga Pengarah PMINT??