Adam Adli Kecut Nak Debat Bersama Syed Saddiq & Fadhli Shaari

Syed Saddiq dalam twitternya menyatakan untuk mengadakan Debat hala tuju anak muda dan katanya telah menjemput Adam Adli yang kononnya satu ketika dahulu pejuang untuk anak muda. Tetapi dikatakan menolak untuk bersama dalam pendebatan tersebut. 

Berikut Tweet daripada Syed Saddiq : 

Terima kasih saudara YB @FadhliShaari bersetuju dengan cadangan saya untuk berdebat berkenaan hala tuju anak muda negara.

Namun saudara YB @AdamAdli telah tolak cadangan saya.

Alasan yang diberikan,

“Lepas PRN,Biar calon PRN yang bahas”

Bila Timbalan Presiden Parti Saudara cabar pemimpin lain, tiada pula alasan ini timbul. Kena konsisten!

YBM Rafizi pun bukan Calon PRN tapi tiada masalah untuk dia berbahas & cabar mencabar yang lain. Saudara, saya kurang bersetuju dengan pendapat saudara.

Rakyat ingin tahu apa pelan pemimpin muda bagi masalah-masalah dihadapi anak muda kita hari ini.

Isu gaji bermaruah, hutang pendidikan tinggi, keciciran pelajar, peluang pekerjaan rendah, harga mampu tengok tak mampu milik.

Isu-isu ini adalah isu yang beterusan, sekian lama dan sehingga kini tidak ada satu pelan yang jelas untuk selesaikan isu anak muda.

Ini masanya untuk kita gunakan platform yang sesuai untuk bahas isu, manifesto dan solusi untuk rakyat.

Sepertimana YBM Rafizi mencabar pemimpin-pemimpin PN untuk berdebat tentang perihal ekonomi negara.

Saya fikir permasalahan anak muda juga turut diberi perhatian serta-merta. Tapi tidak mengapa, disebabkan beliau telah menolak jemputan ini, saya ingin menjemput saudara YB @Kelvinyii88 selaku Ketua Pemuda Pakatan Harapan untuk membentangkan pelan bagi permasalahan anak muda.

Berani kerana benar.

Post a Comment

0 Comments