DD Chronicles Bukan Pendatang Asing



Pempengaruh Dediy Sulaeman Ra'e,43, mengakui kedua ibu bapanya adalah pemegang kad pengenalan merah,  Dd Chronicles mendakwa dia merupakan rakyat Malaysia yang lahir di negara ini.nDediy berkata dia mempunyai hak untuk bersuara dan menyokong mana-mana parti politik di Malaysia.

Pemegang kad pengenalan merah adalah mereka yang berstatus pemastautin tetap dan bukannya warganegara.

Dediy dikenali di media sosial antaranya menerusi lagu-lagu parodi dan sebelum ini secara terbuka menyuarakan sokongan kepada PN pada PRN lalu.

Hari ini dia membuat laporan polis berhubung dakwaan yang tular di media sosial baru-baru ini bahawa dia adalah warga asing dan berhubung dakwaan kecurian data apabila orang ramai dapat mengakses maklumat peribadinya.

Hadir bersama-sama peguamnya Asiah Jalil, Dediy berkata dia turut menunjukkan sijil kelahiran kepada pihak polis semasa membuat laporan.

Post a Comment

1 Comments

  1. Dengar cerita ibubapa wak jahid dulu ic merah dan wak jugak ic merah masa zaman skolah.. betul ke?

    ReplyDelete