Apabila Zahid Hamidi Terkilan Dengan Mahfodz Mohamed



Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, menasihatkan ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Mahfodz Mohamed, agar tidak menggunakan pentas kempen PRK Simpang Jeram dan Pulai untuk memburuk-burukkannya.

Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, sebagai seorang ulama dan pernah menjadi sahabat baiknya, Mahfodz patut memperlihatkan akhlak yang baik.

“Saya nak tanya dengan Ustaz Mahfodz, berapa lama beliau kenal saya. Adakah, saya seburuk itu? Walaupun saya tahu beliau memang orang yang baik, tetapi janganlah gunakan pentas kempen ini untuk memburukkan sahabat baik beliau.

“Dan saya fikir seorang ulama mesti menunjukkan akhlak yang baik, (mengeluarkan) perkataan-perkataan yang baik dan beliau sendiri pernah berkawan dengan saya begitu lama,” 

“Beliau (Mahfodz) sangat taasub pada pemimpinnya yang kerap tukar fatwa. Maka beliau harus menasihatkan pemimpinnya itu supaya istiqomah dengan fatwa yang dikeluarkan.

“Jangan pagi fatwa lain, malam fatwa lain, esok pagi entah fatwa lain pula. Nasihatkanlah pemimpinnya supaya istiqomah,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian mengulas kenyataan Mahfodz pada Rabu yang menyatakan keyakinannya bahawa Umno akan kembali bersama PAS dan Bersatu sekiranya ahli Parlimen Bagan Datuk itu bukan lagi Presiden Umno.

Mahfodz ketika berucap pada ceramah kelompok di Kampung Jeram, Muar, berkata dengan bersatunya ketiga-tiga parti Melayu terbesar itu akan dapat merealisasikan hasrat untuk terus menguasai kepimpinan negara.

Mahfodz juga dilaporkan berkata PAS, Bersatu dan Umno juga wajib bersatu bagi mendapatkan kemenangan besar dalam politik.

Post a Comment

4 Comments

  1. Kalau dengan bapak penyakau jana wibawa...tak hinnngin!!!!
    Mereka tu suku sakat tok saka tua.Hanya mempergunakan ketaksuban orang melayu utk kepentingan anak, waris, proksi dan kroni cina mereka yang dah sedia kaya raya.
    Kita nak negara ini tidak lagi dikuasai oleh legasinkaya yang tamak.
    22 tahun 22 bulan hanyablegasi mereka diutamakan.
    Sama dengan din cirit, anak, waris, proksi dan kroni cina kaya yang diutamakan.
    Cukup-cukuplah rakyat ditunggang untuk kesenangam mereka.
    Proklamasi melayu konon.
    Bahasa mudah adalah proklamasi legasi tamak atok.
    Rakyat tak bodoh!!!

    ReplyDelete
  2. Lobai pon manusia jugak.
    Sokong ikut arus semasa tapi tetap tunggang agama.

    Kalau mereka manusia rasanya nasib para balu dan waris tragedi memali akan terbela.
    Kaya seperti mereka juga.

    Ini tidak...
    1 untuk kau
    8 untuk aku

    ReplyDelete
  3. ph bodoh dan umno pun bodo..

    hassan karim pun dah sedar yg dia tertipu dengan slogan repomasi.

    ReplyDelete
  4. Simon Low Kok Meng ialah Datuk Yip Kum Fook adik ipar dan CID, kerana membawa maklumat berita kepada keluarga datuk Yip, kena berhati-hati dengan mereka, selalu mendatangkan masalah kepada orang kepong dan Taman Desa Jaya, Kepong, sekarang ramai yang tahu tentang apa yang mereka lakukan

    Semua perkara yang mereka lakukan seperti membakar Kuil Hindu (Taman Daya) dan mengeluarkan sami-sami Buddha dari Samnak Sambodhi atau kuil Buddha di Taman Desa jaya, kepong...juga MCA runtuh kerana mereka juga, mereka mendapat kuasa untuk mendapatkan wang dan untuk mereka berniaga

    Cina, India, Melayu dan lain-lain perlu berhati-hati yang tinggal di Kepong, kerana golongan ini boleh melakukan sesuatu kepada semua orang. Datuk Yip Kum Fook ialah seorang peguam (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) No 2A & 2B, Tingkat 2, Jalan 53, Desa Jaya Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan... tetapi ada orang atau kawan-kawannya berkata, Datuk Yip Kum Fook bukan peguam sebenar, kerana Datuk Yip membeli sijil dari beberapa institut undang-undang di UK sahaja

    Kami berharap kini presiden Malaysia (Datuk Seri Anwar) akan menyemak Datuk Yip Kum Fook kerana banyak komen dan posting di internet, dan ramai orang mengesyaki melakukan projek haram dan kesilapan undang-undang di Malaysia

    Perkongsian dan siaran oleh Encik Chong dan keluarga, Kepong

    ReplyDelete