Datuk Seri Anwar di dalam satu temu-ramah bersama Bloomberg News beberapa hari lalu menyatakan bahawa keputusan menarik balik 47 kes rasuah terhadap Zahid Hamidi adalah sepenuhnya keputusan Peguam Negara.
2. Dia kata kes-kes terhadap Zahid dilakukan secara tergesa-gesa. Di masa yang sama Anwar cuba kaitkan nasihat saya kepada Zahid supaya bubarkan UMNO dan apabila Zahid tidak mahu, maka dia dihadapkan dengan kes-kes rasuah tersebut.
3. Pertamanya, saya nak jawab mengenai tuduhan kes itu dibuat secara tergesa-gesa.
4. Kes terhadap Zahid telah diangkat oleh Peguam Negara ketika itu kerana ianya telah menjadi isu panas semasa kempen pilihanraya seperti mana kes Najib dan 1MDB.
5. Peguam Negara ketika itu telah membuat penyiasatan dan mendapati terdapat kes untuk mendakwa Zahid.
6. Maka kes itu dibawa ke mahkamah. Selama empat tahun dengan puluhan saksi serta bukti-bukti dibentang, Hakim Mahkamah Tinggi berpuas hati pendakwa telah berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap Zahid dan dia di arah untuk mempertahankan diri.
7. Amatlah tidak logik untuk seorang Hakim Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa ada kes prima facie jika pendakwa gagal memberi bukti yang kukuh dan hujahan yang baik.
8. Bagi saya, setelah diserang bertubi-tubi, kenyataan Anwar bertujuan untuk mempertahan keputusan pendakwa yang menarik balik kes terhadap Zahid dan di masa yang sama membuat andaian ada unsur menganiaya Zahid.
9. Kerana itu dia cuba kaitkan isu saya menyuruh Zahid bubar UMNO dan kerana tidak mahu, maka dia dituduh dengan kes-kes itu.
10. Jika saya telah salah-guna kuasa dan mengarah Pendakwa ketika itu untuk tekan Zahid, kenapa tidak seorang pun Menteri-Menteri kabinet atau pemimpin-pemimpin parti Pakatan Harapan, termasuk Anwar, mempersoal Zahid dihadapkan ke mahkamah.
11. Ramai Menteri-Menteri di dalam kabinet saya adalah dari PH dan PKR, termasuk juga isteri Anwar yang menjadi Timbalan Perdana Menteri.
12. Kalau mereka kata tidak berani berkata apa-apa, ia agak lucu kerana apabila berkait dengan serah jawatan PM kepada Anwar, mereka lantang dan bersemangat.
13. Mungkin mereka lupa, kesemua mereka menyokong proses undang-undang yang dilakukan terhadap Zahid (dan Najib) kerana itu adalah mengikut Rule of Law serta bukti Kerajaan PH ketika itu berjuang melawan rasuah.
14. Kesangsian terhadap kes-kes rasuah yang dilakukan Zahid hanya timbul setelah Anwar berjaya menjadi PM dengan sokongan Zahid.
15. Perkara kedua yang ingin saya sentuh ialah mengenai saya suruh Zahid bubar UMNO.
16. Benar saya suruh Zahid bubar UMNO kerana saya yakin dia akan guna UMNO sebagai alat, sebagai bahan rundingan atau bargaining chip untuk mengelak dirinya dari didakwa atas kesalahan-kesalahan rasuahnya.
17. Saya percaya dia cuba guna UMNO semasa Tan Sri Muhyiddin jadi PM untuk gugurkan kes-kesnya dan apabila Muhyiddin tidak setuju, Zahid tarik balik sokongan UMNO sehingga kerajaan itu jatuh.
18. Selepas itu dia cuba menerusi Ismail Sabri tetapi Ismail Sabri tidak berani nak lakukan kerana pendapat awam amat kuat terhadap Zahid. Kerana itu Ismail Sabri dipaksa bubar parlimen dan adakan pilihanraya lebih cepat.
19. Hari ini terbukti jangkaan saya benar. Dia telah guna UMNO untuk memasti Anwar jadi Perdana Menteri walaupun semasa berkempen di dalam PRU 15 dia telah mendesak penyokong UMNO supaya menolak Anwar dan DAP.
20. Malahan sebelum itu, menurut seorang pemimpin dan tukang cakap UMNO Ahmad Maslan, Zahid telah bersumpah laknat tidak akan sama sekali bekerjasama dengan Anwar dan DAP.
21. Saya tak berapa maklum apa maksud sumpah laknat kepada Zahid atau Ahmad Maslan, tetapi kefahaman saya ialah ianya bersumpah guna nama Allah dan sedia dilaknat jika sumpah itu di langgar.
22. Saya juga tak tahu jika sumpah laknat boleh ditarik balik kerana sepatutnya sebelum sumpah itu diungkap, orang yang melafazkannya sudah tekad dan tiada keraguan sama sekali dengan niatnya.
23. Yang jelas, kes-kes terhadap Zahid gugur dengan PM sekarang.
4 Comments
Kalau atok saka mula sembang sama standard kencing lepas pru14.
ReplyDeleteKes zahid n najib bermula lps pru14.Zahid dari 3 kes melonjak jadi 87 hanya nak wujudkan persepsi busuk.87 kes?! Tak gila!!!????
Sejarah masih dlm ingatan tatkala zahid dituduh dgn perlantikan tommy tomato, berdegar dunia bila pas kata ia pertuduhan politik dan sengaja direka oleh atok dan konconya setelah zahid enggan membubarkan umno dan masuk bersatu.Pemimpin umno yg takut diugut akan didakwa secara sengaja atau tidak ramai yg berhijrah ke bersatu dan digugurkan kes mereka Yang kekal sejati dgn umno terus ditekan di mahkamah.Setakat mahkamah atok di dunia apa lah sangat bagi mereka.Kesetiaan mrk kpd parti yg pernah mengangkat mereka tidak akan dikhianati begitu juga rakan-rakan yg pernah jatuh bangun bersama.
Kalau ahli politik lain tidak gentar dan layu di ISA kan di kem kemuning era kukubesi atok rasanya pemimpin umno/bn juga berani dan tidak tunduk dgn tekanan atok saka.
Rakyat dah hafal mainan strategi atok menjatuhkan lawan politiknya.22 tahun 22 bulan penuh dengan skandal busuk.
Tak heran sampai lanjut usia hati dah pekat hitam membusuk hatinya ingin melihat boboi diangkat sebagai pm utk menyambing legasi kaya yg tamak yg mengutmakan anak, proksi dan kroni.
Rakyat?
Ikat perut ya...
Masih ingat lagi parti pas mengecam kerajaan atok sebagai zalim dgn menjadikan mahkamah sebagai cara menjatuhkan lawan politiknya.Itu ketika berada di pihak pembangkang bersama umno/bn
Setelah pas, umno dan bersatu berjaya membentuk kerajaan sheraton dan peguam negara baru dilantik, 40 kes zahid telah digugurkan.Mahkamah disanjung puak pas sebagai adil.
Sekarang apabila peguam lantikan kerajaan sheraton dnaa kan 47 kes zahid sifat munafik mula menutup hati pemimpin dan walaun pas bila mahkamah dan kerajaan madani dituduh zalim.
Rakyat yakin dan percaya jika umno/bn masih bersama mahiadin dan hj hadi membentuk kerajaan kes zahid akan mereka bela sehingga ke serata negara.
Bezanya umno/bn dah tidak bersama pas dan bersatu.Umno/bn ditolak pas kerana hj hadi tidak mahu bekerjasama dgn perasuah dan penyamun katanya.Itu kata hj hadi.Skandal jana wibawa dan dana judi?
Tetapi dikabarkan majlis syura lebih bersikap adil dan jujur setia dalam MN tapi kuasa presiden dgn mgkin dorongan mahiadin setelah rambang mata dgn jana wibawa maka umno/bn ditolak bekrjasama dgn pas.MN yg suatu ketika amat hebat lenyap setelah berwalaq dgn penyamun jana wibawa.
Sekarang zalim pada penglihatan pas bila ada kuasa dan tiada kuasa.
Tahilah. Dulu korang dengan DAP duk hasut rakyat penjarakan najib dan zahid. Pundek
Deletekes z40 tiada prima facie.
ReplyDeletemanakala
kesz47 ada prima facie.
YB Ipoh Timur Howard Lee jadikan surah an-Nisa ayat 59 sebagai dalil untuk umat Islam taat kepada pemimpin. Suma pemimpin Melayu Isle UMNo ,Bang Non, Rapiji Pudin Muka Bulan, Mat Sabun dan Gang Amanah Suma bisu bodoh bangang.
ReplyDeleteDalam Islam, ketaatan kepada Allah dan Rasul harus diberikan secara mutlak, manakala taat kepada Ulu al-Amri (ulamak dan umarak) adalah bersyarat iaitu selagi mana pemimpin itu berlaku adil dengan mematuhi perintah Allah dan Rasul.
Howard Lee baca tafsir surah An - nisa taat lah Kami pada Allah,taat lah Kami Pada Rasul dan Ulil Amri... truss gang haprak UMNo Segal macam ulamak UMNo diam, bisu trus senyap bangang...
Howard Lee baca trus suruh taat pada Ulil Amri sedangkan buat buat lupa supaya taat dulu pada Allah yg pertama dan yang ke 2 taat pada Rasul dan ke 3 taat pada Ulil Amri... Mana maunya terus taat pada No 3 kalau No 1 dan 2 kau buat buat lupa tak nampak... Babi punya DAP... UMNo lagi buat pekak Babi...?!
Taat pada yg pertama situ pada Allah dan taat ke 2 pada Rasul Howard Lee buat buat lupa... dia trus lompat taat yg ke 3...
Jangan tafsir mambabi buta ikut sedap tekak Babi kau saja wahai Howard Lee... taat pada Ulil Amri taat No 3 dlm surah An Nisa.. yg pelik lagi bangang buta hati ulamak UMNo dan pemimpin Melayu UMNo buta Mata pekak bangang terus..
Pada penunggang agama masa kau makin tamat dan riwayat DAP@LeeKwanYew makin tamat di bumi Melayu ini...
UMNo buta Mata Hari penunggang agama akan lingkup di PRN Pelangai kali ini