Isu beras sebenarnya isu global. Ye memang benar. 

Persoalanya, isu ini telah lama dimainkan oleh economist dunia tapi kita di malaysia seolah didiamkan sehinggalah harinya tiba. Beras tidak cukup dipasaran. 

Untuk mengharapkan pasaran beras tempatan, rasanya tidak cukup untuk rakyat malaysia. Tambahan lagi banyak negeri yang dulunya menjadi tempat tanaman padi kini sudah bertukar menjadi hutan dan penempatan perumahan. 

Sekiranya isu beras global terus dihimpit dengan tindakan beberapa negara lain yang kemungkinan akan menyekat export beras mereka demi kelangsungan negara sendiri, kita sebagai negara pengimport beras mungkin berhadapan dengan situasi lebih getir. Melainkan ada tindakan cepat daripada kerajaan memperluaskan tanaman padi beras untuk jangka masa 12 bulan ke hadapan. 

Rice Shortage telah dibincangkan pada bulan jun dalam world forum economic : https://www.weforum.org/agenda/2023/06/rice-climate-crisis-food-security/

Tokey Mydin berkata : 
"Ini bukan cerita baru, walaupun sekarang dah jadi terdesak betul. Memang dah kosong (tiada) dah. Maknanya kalau pergi pasar raya mana pun, kalau pergi pagi-pagi Insya-Allah dapat lah 50 hingga 100 kampit, tapi dalam masa satu jam dah habis.

"Macam saya datang sekarang jam 2 petang tadi (Sabtu) satu kampit pun tak ada beras SST 5 peratus. Maknanya keperluan satu pasar raya.

"Katalah di Mydin USJ Subang ini, kita memerlukan sekurang kurangnya 1,000 atau 2,000 kampit beras satu hari, tapi kita dapat lebih kurang 50 atau 100 kampit dua tiga hari sekali. Ada juga pembekal-pembekal yang tidak hantar. Dah seminggu pun tak hantar," katanya ketika ditemui Astro AWANI di Pasaraya Mydin USJ