Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak gesaan untuk gencatan senjata selepas Israel mendakwa berjaya membebaskan seorang tenteranya dalam operasi darat. Hamas telah menafikan dakwaan itu.
Tiga kumpulan hak asasi Palestin menggesa pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Karim Khan untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas pihak berkuasa dan anggota tentera Israel berhubung serangan ke atas Gaza.
Lebih 420 kanak-kanak terbunuh atau cedera di Semenanjung Gaza setiap hari, kata Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russell.
Seorang Ahli Parlimen Konservatif UK telah dipecat daripada peranan pembantu menteri kerana menggesa gencatan senjata di Gaza.
Hospital Persahabatan Turkiye-Palestin melaporkan kerosakan teruk dalam serangan udara baharu Israel, ketika tentera Israel mara ke arah Kota Gaza, sebelum kelihatan berundur.
1 Comments
Ahli neraka tu....
ReplyDeleteSemoga dilaknat....