Ekonomi Israel Mula Tertekan, Mari Kita Doakan Kehancuran Negara Israel

ISRAEL MULA TERTEKAN DARI SEGI EKONOMI AKIBAT BERPERANG DENGAN PALESTIN

Saiz Ekonomi Israel yang sebesar 488 Bilion USD mula terkesan akibat Perang Israel Palestin. Ratusan operasi syarikat perniagaan terjejas, sektor kewangan mula tertekan dan kini sedang menarik semua sektor ekonomi Israel ke dalam krisis lapor Financial Times 

Ron Tomer, Ketua Persatuan Pengeluaran Israel meluahkan rasa kecewa dengan menyatakan Kerajaan sudah mengabaikan rakyatnya

Banyak syarikat yang masih belum dapat pampasan penuh kerana kerugian akibat serangan Palestin maklum Ron Tomer. 

Hotel Atlas Israel iaitu antara hotel tersohor di Israel meminta derma dari pelanggan setianya untuk menyelamatkan syarikat itu. Ini susulan 16 cawangannya dibuka untuk menempatkan 1,000 orang yang dipindahkan dari Utara dan Selatan Israel. Namun pihak kerajaan masih belum membayar kos tanggungan kepada hotel itu sehingga kini

Sedangkan PM Netanyahu sudah berjanji untuk menyediakan pakej bantuan kewangan untuk melindungi ekonomi Israel dan membayar pampasan kepada syarikat yang terkesan 

Biro Statistik Pusat Israel memaklumkan 1 daripada 3 perniagaan terpaksa ditutup atau beroperasi dengan kapasiti 20% atau kurang sejak perang bermula. Lebih separuh syarikat Israel kehilangan 50% pendapatan atau lebih 

Statistik lebih teruk di Selatan Israel Apabila 2/3 perniagaan terpaksa ditutup atau mengurangkan kadar operasi kepada minimum

350,000 Tentera Simpanan Israel atau 8% dari tenaga kerja Israel dipanggil untuk berperang dengan Palestin dan Hizbullah 

126,000 orang awam Israel di Utara dan Selatan Israel dipindahkan dalam usaha melindungi mereka dari serangan misil dan mortar Pasukan Pejuang Palestin dan Hizbullah Lubnan 

Kementerian Buruh Israel memaklumkan disebabkan perang ini. 764,000 rakyat Israel atau 18% tenaga kerja tidak bekerja ketika ini kerana dipanggil untuk tugasan Pasukan Simpanan Tentera Israel 

Menyebabkan kesan terus kepada ekonomi dari segi penutupan sekolah kerana terpaksa menjaga anak anak mereka , bandar yang dipindahkan, dan ada beberapa sektor kekurangan pekerja untuk memastikan ekonomi berjalan secara penuh

Post a Comment

0 Comments