KENYATAAN MEDIA HAMAS BERHUBUNG RUNDINGAN PEMBEBASAN TAWANAN ISRAEL PALESTIN
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Berdasarkan tanggungjawab kita ke atas rakyat kami yang kental dan tabah, dan usaha berterusan kami untuk meningkatkan ketabahan pahlawan kita di Semenanjung Gaza. Dan memperkuatkan semangat para pejuang yang menang pada 7 Oktober 2023 di hadapan muka musuh Zionis
Selepas rundingan yang rumit dan menyukarkan untuk beberapa hari. Kami mengumumkan, Dengan Pertolongan dan Izin daripada Allah Maha Besar. Kami mencapai kata sepakat dalam perjanjian gencatan senjata kemanusiaan (gencatan senjata sementara) selama 4 Hari dengan bantuan usaha pihak Qatar dan Mesir. Perincian adalah seperti berikut
1) Gencatan senjata untuk dua belah pihak. Menghentikan semua aktiviti ketenteraan IDF di semua tempat di Semenanjung Gaza serta menghentikan pergerakan kenderaan mereka menyusup masuk ke Semenanjung Gaza
2) Kemasukan ratusan trak membawa bantuan kemanusiaan, bekalan perubatan, ubat ubatan dan bahan api ke seluruh Semenanjung Gaza tiada pengecualian. Semua di Utara atau Selatan Gaza
3) Pembebasan 50 tawanan Israel terdiri daripada wanita dan kanak-kanak bawah 19 tahun. Sbg pertukaran rakyat kami di penjara musuh akan dibebaskan mengikut umur bermula dgn warga Emas
4) Menghentikan trafik udara di Selatan Gaza selama 4 Hari
5) Dalam 4 hari itu. Trafik udara akan dihentikan selama 6 Jam dari Jam 10 Pagi hingga 4 Petang
6) Semasa gencatan senjata. Musuh sudah memberi komitmen untuk tidak menangkap atau menyerang sesiapa sahaja di semua tempat di Semenanjung Gaza
7) Jaminan pergerakan bebas dan selamat untuk rakyat Palestin dari Utara ke Selatan Gaza melalui Jalan Salah Al Din .
Syarat dalam perjanjian ini diformulakan mengikut visi para pejuang dan mereka yang bertekad menyasarkan untuk melindungi rakyat dan sentiasa beringat mengenai pengorbanan, penderitaan, kebimbangan rakyat dan juga menguruskan rundingan ini dari posisi ketabahan dan kekuatan di medan perang. Meskipun musuh cuba memanjangkan atau mengubah rundingan berkenaan
Setelah kami mengumumkan sudah mencapai kata sepakat mengenai perjanjian ini. Kami mengulangi tangan kami sentiasa di picu senjata dan Briged kami yang akan menang akan sentiasa di tempat persembunyian mempertahankan rakyat kami dan mengalahkan pencerobohan musuh .
Kami berjanji kepada rakyat kami bahawa kami akan kekal setia dengan darah mereka, pengorbanan, kesabaran, ketabahan, kemerdekaan, aspirasi untuk kebebasan, kemerdekaan dan kembalinya hal serta penubuhan semula negara Palestin yang merdeka dengan Al Aqsa sebagai ibu negara InsyaAllah
HAMAS
8 JUMADA AL AWWAL 1445 HIJRAH
BERSAMAAN 22 NOVEMBER 2023
0 Comments