The Economist mengeluarkan statistik mengenai serangan udara Israel ke atas Gaza yang sangat dahsyat
Dilaporkan IDF menjatuhkan 29,000 bom keseluruhan dan ia sama banyak dengan jumlah bom yang dijatuhkan Tentera US dan UK semasa bulan pertama Operasi Pembebasan Iraq 2003 atau bersamaan 500 bom sehari
Israel menggunakan jumlah bom tidak berpandu iaitu 10 peratus dari jumlah bom keseluruhan dalam 2 minggu terawal selepas 7 Oktober 2023 dan meningkat 40 ke 45 peratus pada waktu sekarang
Israel telah membeli bom dan misil berpandu dari syarikat Pertahanan US sejak 2015 termasuk 14,000 misil JDAM dan peralatannya serta ribuan misil laser berpandu
Sejak 7 Oktober 2023. US menghantar bantuan 15,000 bom ke Israel termasuk 3,000 JDAM dan pada November 2023 Presiden Biden memberitahu Kongres bahawa mereka berniat untuk menghantar 320 Juta USD Bom SPICE dan peralatannya
Pegawai Kerajaan Israel yakin ia mencukupi untuk Perang dengan Gaza tetapi mereka risau ia tidak mencukupi untuk Perang dengan Hizbullah kerana perang dengan Hizbullah dijangka lebih besar dari Gaza dan disebabkan itu mereka menyimpan lebih banyak bom berpandu
Israel juga merancang hendak menyerang Houthi Yaman tetapi Houthi mempunyai sistem pertahanan udara lebih baik dari Hamas.
0 Comments