Sabar Tuah...Satu pintu tertutup, 10 lagi bakal terbuka.
Sebenarnya best kerja kat Suria ni dulu.. Best sebab strategi team kami berjaya naikkan rating Suria fm. Ingat lagi betapa Linda terkejut bila baru nak sign kontrak dapat tahu pendengar 700 ribu je. Maklumlah kita dah biasa pendengar berjuta juta. Time tu suruh pendengar call pun phone tak berkelip.
Tapi berkat usaha gigih team, ada HO, ada Kudsia, ada Adi, ada kak Adibah Noor. Alhamdulillah lepas tu dapat lebih 3 juta pendengar. Terus pendengar recognize Suria fm. Baru sebut topik, line phone menyala non stop! Hehe.. penangan kitorang dulu.
Tapi..ye lah..kejayaan kadangkala tak sentiasa dibalas dengan keindahan. Bila dah berjaya...kontrak kita tak sambung pulak😆. Padahal tengah rancak tu.. show kita paling high rating tu..
Ingat lagi pada hari terakhir diberitahu kontrak tak disambung. Hari tu patutnya interview Dayang untuk siaran Sabtu. Dayang dah sampai. Baru nak masuk studio, bos panggil . Linda, kontrak tak sambung. Kepala terus fikir..alamak..ni kejap lagi nak interview Dayang untuk show Sabtu.. Sedangkan hari terakhir kontrak sebelum Sabtu.
Macamana tu? Kalau interview, suara Linda akan keudara hari Sabtu sedangkan hari terakhir keudara Jumaat. Haha..pening tak baca?
Jadi..bila dapat tahu kontrak tak sambung..tergendala semuanya..Otak jam Dayang tah kemana..fikiranku tah kemana.. sorry Dayang 🥰 . Tak ingat apa yang jadi dengan interview Dayang pada hari tu.
Tapi inilah realiti dunia radio. Dengar macam best. Terpeleot sikit, nasib kita di hujung ink pen tu.. Tengah sedap dapat rezeki, tengah sedap layan pendengar, tengah happy dengan pekerjaan, tup tup esok... Kontrak TAMAT! BYE. Sabar je lah.
Yang tahu dunia radio saja tahu. Banyak yang Indah tapi segalanya bergantung kepada "kontrak sambung ke tak" no matter u menang ABP 7 Kali sekalipun. Tak membantu ya anak anak...
Sekian,
Pengalaman daripada saya Linda Onn yang pernah tamat kontrak di radio B, E, S, S, dan K.
P/s: Be strong k Tyzo. Linda belanja nasi ayam My Mom's Chicken Rice meh.. sambil u cry on my shoulder..
0 Comments