Menantu Muhyiddin - Kemana Kamu?


Menantu Muhyiddin Yassin, Muhammad Adlan Berhan perlu kembali ke negara ini untuk berdepan pertuduhan berkaitan kes pecah amanah jenayah, kata SPRM seperti dilaporkan Bernama.

Adlan antara yang dikehendaki tampil ke SPRM bagi tujuan pendakwaan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Bagaimanapun, dilaporkan semakan dengan Jabatan Imigresen mendapati dia dan seorang lagi individu meninggalkan Malaysia pada 17 dan 21 Mei lepas dan tiada rekod kembali ke negara ini.

Peguam Adlan, Baljit Singh Sidhu, pada September tahun lepas berkata anak guamnya sedia pulang jika unsur “ancaman dan pendakwaan” terhadapnya tiada lagi.

Baljit berkata, Adlan ketika itu terlibat dalam lawatan perniagaan di luar negara dan sudah memberitahu penyiasat SPRM dia akan pulang selepas selesai tugas.

Post a Comment

0 Comments