Paras Air Empangan Utara Berada Paras Berjaga-jaga



Sumber bekalan air Semenanjung dan Labuan masih terkawal, namun beberapa empangan di wilayah utara menunjukkan trend penurunan, menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Paras empangan utama di Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan kebanyakan empangan di Johor ketika ini berada pada paras memuaskan, melebihi 80%.

“Namun, beberapa empangan bekalan air di utara telah menunjukkan trend penurunan paras simpanan dan berada di paras berjaga-jaga dan buat waktu ini, paras empangan untuk bekalan air belum mencapai paras kritikal,” katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan, meskipun bekalan air masih terkawal di kebanyakan negeri bagaimanapun pihaknya tidak menolak sebarang potensi gangguan sekiranya trend penurunan direkodkan secara berterusan untuk minggu mendatang.

“SPAN menjangkakan bahawa permintaan bekalan air akan bertambah di antara 10% ke 15% daripada pengeluaran semasa menjelang musim perayaan khususnya di negeri-negeri wilayah utara, timur, dan selatan kecuali bandar-bandar utama seperti Lembah Klang, Georgetown dan Johor Bahru yang dijangka akan menurun,” katanya.

Justeru, SPAN mengingatkan pengguna untuk menggunakan air secara berhemah bagi mengelakkan pembaziran secara tidak langsung dapat menjamin bekalan berterusan di premis kediaman masing-masing.

Post a Comment

1 Comments

  1. Rakyat ternanti nanti nak tengok muka Isreal tu ke nanti dibawa ke mahkamah kerr..

    Tak payah ternanti nanti nak tengok wajah Pemoda Isreal tuhhh

    Hari Hari dapat tengok wajah wajah Isreal di TV. Nak baca qunut nazilah,, Nak takbir dan Nak kibar bendera Palestine pun telo Pemoda Isreal tuh pun dah goyang

    KHALAS

    Kah kah kah

    ReplyDelete