Ketua Pemuda Bersatu menegaskan parti itu sepatutnya mewakili Perikatan Nasional (PN) jika PRK diadakan di enam kerusi disandang Ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Pendirian itu berdasarkan keputusan sedia ada,” kata Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kepada FMT mengulas laporan Berita Harian memetik kenyataan Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah semalam yang parti itu bersedia bertanding di Labuan, Tanjong Karang, Bukit Gantang, Jeli, Gua Musang, dan Kuala Kangsar sekiranya dikosongkan untuk memberi laluan kepada PRK.