Sebelum ini, kami ada post : Anwar Baca Novel Fantasi Nafsu? Biar Benarrrr.... telah mendapat pelbagai reaksi di socmed. Disini kami tampilkan nukilan daripada facebook anak sungai derhaka yang berdiri teguh dibelakang PMX. Bacalah :
Kadang-kadang.. bila kita kurang arif tentang sesuatu isu kita biarkanlah individu yang lebih arif atau mahir tentang isu tersebut mengulas kemudia kita cuba fahami..
Bukan tak pandai tapi memandai-mandai sebab "You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time.”..
Contohnya dalam mengulas tentang buku yang dibaca oleh Anwar Ibrahim baru-baru ini.. ada yang mendakwa itu buku lucah, betulke itu buku lucah?
Takkanlah Anwar Ibrahim sebegitu bengong untuk siarkan gambar dia baca buku lucah kot??
Fathi Arif Omar menulis...
Kepada pengecam PMX, saya cadang elok mereka berkenalan dengan buku ini untuk mengenali siapa manusia bernama Gabriel GarcÃa Márquez.
Beliau bukan sasterawan biasa. Dipanggil Gabito, atau Gabo sahaja, beliau seorang wartawan dan penggerak politik aliran kiri yang berpengaruh besar di Amerika Selatan.
DS Anwar Ibrahim tidak membaca buku lucah apabila menghabiskan Until August. Bukan begitu tumpuan Marquez walau selalu muncul cerita anak haram, hubungan sulit, kecurangan atau pelacur dalam karyanya.
Marquez, seperti sasterawan besar abad ke-20, mengupas persoalan budaya dan politik lebih besar melalui watak dan ceriteranya. Beliau bercerita tentang kolonialisme Eropah dan ingatan kolektif.
Persoalan memori sering menjadi tema, misalnya The Buried Giant karya Kazuo Ishiguro. Tema kesan penjajahan diangkat Abdulrazak Gurnah melalui beberapa karya, antaranya Paradise.
Anwar pernah mengupas ringkas karya agung Marquez (April 2020) di Facebook. Tulisnya:
One Hundred Years of Solitude (OHYS) menonjolkan sentimen antipenjajahan dan kritikan politik. Bagi Márquez, menempuhi zaman perang yang ganas dan mengerikan dengan keberadaan pemerintahan yang otoritarian ternyata sesuatu yang hampir mustahil baginya sebagai seorang wartawan.
Bagi mereka yang melaluinya amat sukar untuk membedakan kebenaran dan kebatilan. Ada pepatah yang mengatakan kritikan dan kreativiti harus diselitkan dengan simbolisme dalam suasana yang terkepung dengan kebejatan dan fasisme.
Sisi ini sering kita dipertemukan dalam pelbagai novel, filem dan karya-karya seni dari negara-negara yang tertindas. Kritikan OHYS jauh jangkauannya dan masih relevan hingga kini.
OHYS captures the sentiment of anti-colonialism and political critique. For Márquez, living through periods of appalling violence and war which brought to power authoritarian dictatorships that imposed curfews and censorship, writing as a journalist was nearly impossible.It was difficult even for those who knew, to know for sure what is real and what is pure deception.It is a maxim that critique and creativity have to be buried beneath symbolism when confronted with restrictions in the form of dictatorship or fascism – which is why we often see some of the greatest novels, movies and art coming from highly repressive societies.OHYS critique is far reaching and often still relevant.
Maka tidak hairanlah seseorang peminat Marquez akan terus mencari karyanya, termasuk yang terbaru dan nipis, boleh dibaca cepat.
Fathi Arif Omar tu bukan baru menulis semamalam tau...
0 Comments