Tahniah Suraya! Kerajaan Sedia Pertimbang Bantu Sambung Pengajian Ijazah di Amerika



Kerajaan sedia mempertimbang langkah untuk membantu pelakon wanita, Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 35, menyambung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana di Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg, Los Angeles di Amerika Syarikat.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata pihaknya sedia membantu Jasmine Suraya jika perkara dikemukakan adalah bersesuaian.

"Saya perlu kaji dulu dan lihat apa yang kita boleh bantu, tetapi saya faham memang kebiasaannya untuk sesiapa yang melanjutkan pengajian dalam bidang seni atau dalam sebarang jurusan perfileman, muzik, teater, seni lukis dan sebagainya bukanlah satu usaha yang mudah atau murah," katanya selepas melancarkan Inisiatif Ramadan CSR dan Iftar Perdana Lembah Pantai bersama Foodpanda Malaysia dan rakan kolaborasi di IWK Eco Park@Pantai Dalam di sini, hari ini.

Sebelum ini, Jasmine Suraya dilapor terpaksa menjual beberapa barangan peribadi termasuk kereta bagi menanggung kos pengajiannya selama setahun di Los Angeles yang menelan belanja RM400,000 bermula bulan depan.

Beliau rakyat Malaysia pertama diterima masuk ke Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg. 

– BERNAMA

Post a Comment

0 Comments