HAMAS - Tiada Lagi Rundingan Dengan Israel.. Hanya Perang!



Sumber Pejuang Palestin kepada Al Mayadeen melaporkan bahawa Hamas tidak lagi rasa perlu berunding dengan Penjajah Israel 

Ini susulan Hamas sudah membentangkan segala apa yang Pejuang Palestin dan Perwakilan Politik Palestin mahukan dalam rundingan gencatan senjata baru dan damai di Gaza

Tiada langsung respon dari US dan Israel. Pembentangan itu sudah diserahkan oleh Qatar dan Mesir 

Israel sudah memaklumkan Qatar dan Mesir bahawa selagi Hamas tidak merubah tuntutannya. Selagi itu mereka tidak akan berunding dengan Hamas 

Hamas mahukan 4 perkara. Gencatan Senjata, Pengunduran IDF, Pulangnya ke Utara Gaza dan Pembangunan Semula

Hamas sudah mempertimbangkan Alternatif lain tetapi Israel tidak setuju

Post a Comment

0 Comments