Jumpa Agong, UMNO 3 Wakil, DAP 1 Wakil.. PKR & AMANAH ?



Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap pimpinan kanan parti UMNO dan DAP di Istana Negara, hari ini.

Pemimpin yang hadir ialah :
  • Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan 
  • Pengerusi Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh
  • Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh dan 
  • Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong.

Menurut kenyataan, sesi mengadap tersebut bertumpu kepada perkembangan semasa berkaitan isu-isu sensitiviti agama dan kaum.

“Saya ingin menasihati semua pihak untuk memberi tumpuan untuk mengajak rakyat ke arah perpaduan, bukannya perpecahan. Saya ingin melihat rakyat bersatu padu dengan harmoni.

“Saya berharap pemimpin politik tidak ekstrim dalam memberikan pandangan tentang isu-isu agama dan perkauman. Bukan hanya UMNO dan DAP, tetapi juga semua parti.

“Pemimpin mesti menjadi jambatan atau penghubung antara rakyat majmuk negara kita dengan contoh perilaku yang matang,” titah Sultan Ibrahim.

“Perpaduan yang jitu dalam kalangan rakyat akan menjadi pemangkin kepada kesejahteraan sejagat Malaysia. Menjelang Hari Raya yang mulia ini, bermaaf-maafanlah antara satu sama lain dan buka lembaran baharu,” titahnya. 


Post a Comment

1 Comments

  1. Jumpa Bincang pasal nak memburu sambil nak Pha Chu Cheng bersama sama

    Mentaliti kolonial kuno penjajah sangat tebal bebal nya Oleh Melayu Kayangan


    Kah kah kah

    ReplyDelete