PRK Kuala Kubu - DAP Ketepikan Kaum Melayu & India?

DAP pulaukan sensiviti kaum melayu dan india? Lebih memilih untuk utamakan kaum Cina untuk menerajui kawasan DUN Kuala Kubu. Persoalannya, apakah kaum melayu dan india masih mahu memilih kaum cina daripada DAP selepas DAP terpalit dengan pelbagai isu berkaitan bangsa dan agama. Itulah persoalan jika membabitkan bangsa kaum. 

Sebelum ini, ramasamy memberi cadangan kepada Perikatan Nasional untuk meletakkan kaum india sebagai calon di Dun Kuala Kubu. Mungkin ia satu cadangan yang menarik, tetapi apakah undi melayu akan pergi kepada calon india tersebut. Melainkan calon india tersebut adalah calon mesra kaum. 

Jika melihat kepada majoriti penduduk, dominan adalah kaum melayu. Dan semestinya kelebihan akan diberikan calon melayu sekiranya peratusan keluar mengundi melayu itu tinggi. 

Situasi Kuala Kubu agak menarik dengan pecahan kaum yang mengundi boleh dikatakan mampu menjatuhkan mana-mana calon bertanding tanpa mengira bangsa. Yang penting, calon buat kerja. 

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata langkah meletakkan Pang Sock Tao itu mungkin sebagai strategi DAP kerana mahu mengekalkan penyokong terasnya iaitu pengundi bukan Melayu yang telah memilih Lee Kee Hiong pada PRN Ogos tahun lalu.

“Saya kira DAP percaya bahawa undi Cina masih utuh bersama PH dengan jumlah pengundi sekitar 30%, mereka yakin boleh mendapat sebahagian besarnya. Namun ia dianggap tindakan berisiko tinggi memandangkan 46% pengundi adalah Melayu diikuti Cina sekitar 30% dan 18% India, kalau menang satu pencapaian kepada kerajaan perpaduan,” katanya kepada FMT.




Post a Comment

0 Comments