Puad - Pendaftaran Automatik PADU? Cadangan Raja Formula Curi Data Pengguna?



Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan tindakan mendaftarkan rakyat secara automatik dalam Pangkalan Data Utama (PADU).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu mempersoalkan sama ada langkah yang diumumkan Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin boleh dianggap sebagai mencuri data pengguna.

Mohd Puad juga mempersoalkan sama ada langkah tersebut merupakan formula terbaharu Menteri Ekonomi Rafizi Ramli kerana berikutan selepas tiga bulan dilancarkan hanya separuh warganegara membuat pendaftaran.

“Ketua Perangkawan Uzir Mahidin kata pendaftatan automatik akan dibuat bagi yang belum lagi daftar PADU. Rafizi memang “Raja Formula”.

“Macam mana Rafizi dapat formula daftar automatik? Tidak mungkin curi data. Tiga bulan kempen PADU 10.6 juta orang sahaja yang daftar.

“Tetapi setelah tamat tempoh daftar, dalam sekelip mata semua rakyat Malaysia akan terdaftar dalam PADU melalui daftar automatik,” soal beliau.

Mohd Uzir dalam sidang media baru-baru ini dilaporkan berkata, PADU masih mempunyai data asas lebih 30 juta rakyat Malaysia yang didaftarkan secara automatik ke dalam sistem tersebut.

Menurutnya, data itu hanyalah data asas yang dikumpul daripada pelbagai agensi.

Beliau bimbang keciciran bantuan berlaku kepada mereka yang hanya mempunyai data asas namun pada masa sama memaklumkan, jumlah tersebut mungkin agak kecil.

Sementara itu Mohd. Puad menyindir Rafizi yang berkongsi klip video pendek yang menyatakan beliau ‘penat’ untuk menyampaikan pantun berkaitan PADU.

“Dalam videonya, Rafizi kata ‘dia penat’. Siapa sebenarnya penat? Dia atau yang sudah mendaftar? Baru dia tahu, jadi menteri penat, kerja menghasut tidak penat,” kata Mohd. Puad.

Dalam video berkenaan, Rafizi seolah-olah berputus asa selepas PADU yang dilancarkan pada 1 Januari lalu tidak mendapat maklum balas yang memberangsangkan.

“Hari ini tak da pantun. Suka koranglah, nak daftar, daftar. Tak nak daftar pun pandai-pandailah korang beraya,” katanya dengan nada sinis di sebalik pelbagai kritikan mengenai PADU.

Media melaporkan, Rafiz berkata, seramai 17.65 juta atau 58.7 peratus keseluruhan profil rakyat termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun, berjaya dikemas kini dalam sistem PADU.

Pendaftaran sistem PADU ditutup pada jam 11.59 malam 31 Mac.

Post a Comment

0 Comments