Ini bukti tandatangan RM100juta Adun Rembia

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan bukti jelas Adun Rembia Jailani Khamis menandatangani perjanjian RM100 juta sebelum bertanding PRN Melaka.

Katanya, pendedahan itu sekali gus menafikan dakwaan Jailani tidak terikat sebarang perjanjian dengan Umno apabila menyertai PAS.