Arahan Istana - Mahu PDRM ambil tindakan tegas tanpa kompromi kepada Muhyiddin?



Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak tegas tanpa sebarang kompromi ke atas bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin yang didakwa memperlekeh dan mempertikaikan tugas serta peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Sambil menzahirkan kemurkaan dan rasa amat terkilan atas tindakan pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan presiden Bersatu itu, baginda mendakwa Muhyiddin telah memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil ketika memilih perdana menteri ke-10.

“Saya menzahirkan kemurkaan dan rasa terkilan atas tindakan Muhyiddin yang secara sengaja dan sinis telah memperlekeh dan mempertikaikan tugas Al-Sultan Abdullah.

"Kenyataan Muhyiddin ini juga kelihatan tidak matang, menampakkan seolah-olah beliau masih tidak boleh menerima kenyataan yang beliau tidak dilantik sebagai perdana menteri.

"Kenyataan yang dikeluarkan ini juga adalah sangat bahaya kerana secara terang-terangan menghasut rakyat agar hilang kepercayaan terhadap Institusi Raja-raja Melayu serta memecahbelahkan rakyat," titah baginda menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang, hari ini.

Tengku Hassanal bertitah, mengikut Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan, perdana menteri dilantik atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong yang berperanan sebagai ketua negara.

Perkara 43(2) pula menetapkan bahawa perdana menteri haruslah dilantik dalam kalangan ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan tersebut.

Namun begitu, titah baginda, Al-Sultan Abdullah tidaklah sewenang-wenangnya membuat keputusan untuk melantik perdana menteri walaupun perlembagaan memberikan kuasa mutlak kepada baginda.

"Baginda semasa itu telah memanggil pakar-pakar perlembagaan, penjawat awam utama negara dan yang terakhir turut secara musyawarah mendapatkan pandangan daripada Majlis Raja-Raja dan akhirnya barulah pelantikan Perdana Menteri semasa itu dibuat.

"Parlimen juga telah meluluskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada 19 Disember 2022. Sehubungan itu, keputusan undi percaya tersebut adalah jelas dan selari dengan pertimbangan Al-Sultan Abdullah semasa baginda memilih Anwar sebagai perdana menteri.

"Justeru, saya mahu pihak PDRM mengambil tindakan yang tegas tanpa kompromi kepada Muhyiddin yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R (raja, agama dan kaum),” titah baginda.

Tengku Hassanal juga menasihatkan kepada semua ahli politik, selaku pemimpin rakyat, supaya sentiasa berpegang teguh pada Prinsip Rukun Negara dan terus-menerus untuk sentiasa menyatupadukan rakyat.

Ini, titah baginda, agar Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dapat menjadi sebuah negara maju, cemerlang ekonomi, alam sekitarnya lestari dan rakyatnya bahagia.

Sebelum ini, ucapan Muhyiddin ketika ceramah umum Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Nenggiri di Felda Perasu pada 15 Ogos lalu, menjadi tular di media sosial.

Bekas perdana menteri itu didakwa menyentuh kewibawaan Al-Sultan Abdullah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Berikutan itu Setiausaha Sulit kepada Tengku Mahkota Pahang, Amir Syafiq Hamzah membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan, malam tadi.

Post a Comment

6 Comments

  1. http://tukartiub.blogspot.com/2024/08/anwar-ajen-zionis-blackrock.html?m=1

    Peerghhh Dapat liputan TT

    thank you TT

    Caya lahh

    KHALAS

    ReplyDelete
  2. PAU sedang berlansung skg ini

    Tak Ade sekor pun pemimpin UMNo berani jerit terpekik terlolong supaya tangkap Jho Low...!!! tangkap Zety...!!!

    Sekor sekor mcm haramjadah..

    KHALAS

    ReplyDelete
  3. Tragedi pelancung asing jatuh tanah jerlus juga semasa sidang PAU berjalan. Apakah petanda bala dan sial yang dibawa UMNo ini...!?

    Kalau pelancung Cina yang tertimbus di tanah jerlus maka semua team tentera, paskal,bomba,PDRM, SPRM, unit anjing unit kucing unit cipan kalau ada lah, elit komando, pasukan pandu putri, palang merah RELA, jab imigresen , Majlis Agama Isle, jab agensi anti dadah pun akan datang beramai ramai sebab Type C..!!

    Macam pelancung Cina 1.2 jota yang tak pulang ke China tu semua agensi kerajaan wat bodo semuanya..!! Kannnn

    KHALAS...

    ReplyDelete
  4. Yeahhhh dapat liputan TT time kasih TT...

    Terkini Bila nak cari pelancong Warga China yang hilang tu

    http://tukartiub.blogspot.com/2024/08/bila-nak-cari-pelancung-china-yang.html?m=1


    I love u lah TT


    KHALAS

    ReplyDelete
  5. Jihad Kempen Buy Muslim First with GISB .!!

    Di sini detiknya GISB era kebangkitan Muslim Buy First. Pada semua orang Melayu mulai sekarang serbuk kedai, cafe, pasaraya Mart GISB, Hospital , Auto Car GISB, Klinik, Rangkain Mart, Cafe Hotel, Pharmacy GISB dan lain lain lagi. Tinggalkan produk mereka yang sudah lama memulaukan perniagaan orang Melayu. Link bawah

    https://vt.tiktok.com/ZS2knMhgb/

    Kumpulan perniagaan GISB ini dengan mudah boleh melingkupkan rangkaian Farmasi, KK Mart, Speed Mart, 99 Mart, 7Eleven Family Mart , rangkaian makanan segera seperti Mc D, KFC Dan Pizza Hut dan rangkaian bengkel kereta Islam yang dikuasai oleh kaum Cina dengan membentuk rangkaian GISB Mart yang lebih canggih Dan betkualiti..!!

    Sudah sampai masanya kita lahirkan beribu ribu taikun dan billionaire Melayu dan wujudkan serta menguasai semua rantaian rangkaian kartel kartel mafia Melayu.

    GISB permulaan pada gagasan perniagaan Melayu Islam di Malaysia. GISB sudah me doonia..!! Perlu diawasi akan ada tangan tangan ghaib yang cuba merosakkan, memfitnah, membatu api oleh barua barua upahan kaum yang dari dulu mme tidak suka orang Melayu maju dalam bidang perniagaan.

    Sudah sampai masanya kita lahirkan beribu ribu taikun dan billionaire Melayu dan wujudkan serta menguasai semua rantaian rangkaian kartel kartel mafia Melayu.

    GISB permulaan pada gagasan perniagaan Melayu Islam di Malaysia. GISB sudah me doonia..!! Perlu diawasi akan ada tangan tangan ghaib yang cuba merosakkan, memfitnah, membatu api oleh barua barua upahan kaum yang tidak suka orang Melayu maju dalam bidang perniagaan.

    Awasi semua tangan ghaib barua barua upahan sabotaj perniagaan Melayu yang tidak akan senang dengan perniagaan Melayu Islam.

    #BuyMuslimFirst

    ReplyDelete
  6. Lapuran penuh Batu Putih dah keluar. Bila nak tangkap Tun Mahathir Mohamad..!?

    Lapuran Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sudah dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata laporan itu dibentangkan oleh Pengerusi RCI, Tun Md Raus Sharif.

    Bila nak tangkap Jho Low... Eeh silap Bila nak tangkap Zety ....ehh silap jugak ... Bila nak tangkap Justo ehhh silap lagiii....Bila nak tangkap Tun Mahathir Mohamad

    Haaah ni kali baru betul barua DAP@ LeeKwanYew kena tangkap

    ReplyDelete