Rosmah (Mama) Gembira Izz Imil (Anak Permata Pintar) buat ijazah pada usia 12 tahun

Datin Seri Rosmah Mansor melahirkan rasa bangga terhadap kejayaan bekas pelajar Permata Pintar, Izz Imil Sharom yang diterima menyambung pengajian di Universiti Malaya (UM) pada usia 12 tahun.

Beliau yang merupakan pencetus kepada projek Permata Pintar berkata, melihat kejayaan Izz Imil ibarat melihat kejayaan anak sendiri.

“Hati saya dipenuhi dengan rasa bangga melihat beliau menjadi siswa termuda yang mendaftar sejak penubuhan UM pada 1962. Iz Imil hanya berusia 12 tahun dan hari ini beliau menyambung pengajian tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Matematik,” 

Untuk rekod, Izz Imil belajar di Tingkatan Satu Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia pada usia enam tahun. Izz Imil menunjukkan sijil daripada John Hopkins Centre for Talented Youth. Beliau kemudiannya menduduki peperiksaan O Level pada usia lapan tahun dan A-Level pada umur 11.

Menurut Rosmah, beliau pernah bertemu Izz Imil dan beberapa pelajar lain di Permata Pintar, sebelum ini.

Katanya, insan-insan seperti kanak-kanak tersebut menjadi faktor utama penubuhan Permata Pintar yang mana programnya direka dengan penuh teliti supaya dapat memenuhi keperluan setiap individu.

“Alhamdulillah, sejarah tercipta. Semoga ALLAH memberkati perjuangan Izz Imil” ujarnya lagi.

Permata Negara merupakan antara projek yang diilhamkan oleh Rosmah bersama beberapa kumpulan profesional, pendidik, ahli akademik, pakar perubatan dan lain-lain.

Menerusi projek tersebut, ia mengandungi lima program utama iaitu Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan, Permata Remaja dan Permata Kurnia.







Post a Comment

0 Comments