Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengadakan pertemuan dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Kuala Lumpur.
Pertemuan tersebut berlangsung selama kira-kira satu jam membincangkan beberapa perkara seperti sukan bola sepak dan isu-isu semasa.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Foto-foto pertemuan tersebut turut dimuat naik dalam Facebook HRH Crown Prince of Johor.
0 Comments