Malulah! Timbalan Menteri, Adam Adli Kalah Teruk di Hang Tuah Jaya.



Melaka, 13 April – Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abdul Halim, menerima tamparan hebat apabila tewas dengan majoriti besar dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) peringkat Cabang Hang Tuah Jaya.

Dalam saingan dua penjuru merebut jawatan Timbalan Ketua Cabang tersebut, Adam hanya memperoleh 791 undi, manakala pencabarnya, Zamzizul Nordin meraih 1,905 undi, dengan majoriti 1,114 undi – satu angka yang cukup memeritkan bagi seorang penyandang kerusi Parlimen.

Daripada 2,696 undi sah, Adam hanya mengutip 29.34% atau kira-kira tiga daripada setiap sepuluh undi. Sementara Zamzizul mendominasi dengan 70.66%, menunjukkan gelombang besar akar umbi menolak status quo.

Dengan kadar keluar mengundi 76.8%, pemilihan ini menyaksikan keghairahan luar biasa pengundi PKR di cabang tersebut, namun sayangnya ia bukan keghairahan terhadap Adam Adli. 

Setakat ini, Adam masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan diatas kekalahan yang mengejutkan ini. 

Adam sebelum ini merupakan ikon anak muda kerana sering kedepan dalam demonstrasi anti kerajaan sewaktu BN kerajaan dulu, termasuk demo mansuh PTPTN. 

Beliau dilantik sebagai timbalan menteri belia dan sukan oleh perdana menteri, Anwar Ibrahim, setelah beliau menang kerusi parlimen Hang Tuah Jaya pada pilihanraya umum lepas.

Sekian dari bilik berita, kembali semula ke studio.  -Buletin MHN- 

Post a Comment

0 Comments