Bila Realiti Politik Tidak Lagi Seindah Retorik - Rafizi Letak Jawatan

Akhirnya, Rafizi Ramli menggulung tikar dari Jemaah Menteri — bukan kerana skandal, bukan juga kerana kegagalan dasar, tetapi kerana kalah dalam pemilihan parti. Ironinya, dalam negara yang kononnya mengangkat merit dan prestasi, mandat parti lebih keramat dari mandat rakyat.

Katanya, dia menyertai politik untuk membudayakan politik baru. Namun akhirnya, budaya lama jugalah yang menyingkirkan dia — budaya kuasa parti mengatasi segalanya. Politik baru, rupanya hanya selagi kita menang pemilihan.

Menarik juga bila beliau mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam yang ‘berkeupayaan merangka dasar dan kerangka program yang berkesan’. Mungkin secara halus ingin mengingatkan kita bahawa banyak idea baik itu bukan datang dari menteri, tetapi dari kakitangan kerajaan yang tak pernah masuk carta populariti.

Dan ya, RMK13 sudah disiapkan katanya — dokumen terakhir seorang menteri ekonomi yang sudah kalah, tapi masih sempat berpesan agar reformasi pendidikan diteruskan. Seolah-olah menulis wasiat terakhir sebelum keluar rumah yang sedang terbakar.

Apapun, kita ucapkan selamat bercuti kepada Rafizi, dari 28 Mei hingga 16 Jun. Cuti yang agak panjang bagi seseorang yang kononnya berjuang untuk negara. Tapi jangan risau, perjuangan itu boleh disambung kembali selepas berehat — atau selepas menang semula pemilihan parti.

Petikan Asal : Rafizi Ramli

Post a Comment

0 Comments