Harga Bakar Poket - Gas Ungu untuk peniaga RM70!

Kedai makan, warung, sampai gerai tepi jalan tak boleh guna silinder gas bersubsidi RM26 lagi! 

Sekarang kena paksa beli gas komersial 14kg yang ungu tu, harga RM70 – hampir tiga kali ganda mahal! 

Bukan setakat tu, kalau guna lebih tiga tong sebulan, kena mohon permit tahunan pulak. Ops Gasak KPDN tengah serbu premis-premis, rampas barang, konon nak elak salah guna subsidi. 

Tapi realitinya, peniaga kecil dan rakyat yang jadi mangsa – harga makanan melambung, semangkuk mee boleh naik RM1, kos makan harian pun membakar poket! 

Ni lah ‘rasionalisasi subsidi’ yang dicanang – janji pelaburan bertrilion, tapi rakyat dapat cukai baru, subsidi dipotong, dan hidup makin susah.

Petikan Asal : X Naratif Rakyat



Post a Comment

0 Comments